Nur

Hukum Makan Ikan Yang Sudah Dimasak Tetapi Masih Berdarah & Tak Dicuci

46
SHARES
HUKUM MAKAN DARAH IKAN

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya adalah hukum makan darah ikan. Ini kerana masih ada lagi segelintir individu yang memasaknya tanpa membersihkan terlebih dahulu.

Jadi, apa jawapannya? Ikuti penjelasan lanjut di bawah yang dikongsi oleh Ustaz Azhar Idrus

Baca juga: Po*k Free Bukan Bermakna Kedai Makan Itu Halal, Ada Bezanya Dan Jangan Main Singgah Je!

HUKUM MAKAN DARAH IKAN, JANGAN AMBIL RINGAN

HUKUM MAKAN DARAH IKAN

Darah yang haram dimakan dan wajib dibersihkan adalah darah yang mengalir basah di dalam perut ikan manakala darah yang ada di dalam daging dan urat itu termasuk dalam najis yang dimaaf.

Firman Allah Taala:

قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ

Maksud: “Katakanlah tidak aku dapati pada apa yang telah diwahyukan kepada aku suatu yang diharamkan atas memakannya melainkan bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi.” (Al-An’am : 145)

Selain itu, menurut Iman al-Nawawi pula:

وَالْأَصَحُّ فِي الْجَمِيعِ النَّجَاسَةُ وَمِمَّنْ قَالَ بِنَجَاسَةِ دَمِ السَّمَكِ مَالِكٌ وَأَحْمَدُ وداود

Maksud: “Dan pendapat yang paling sahih (pada mazhab Syafie) sekelian darah itu adalah najis. Dan setengah dari ulamak yang mengatakan najisnya darah ikan itu ialah Imam Malik dan Imam Ahmad dan Daud Az-Zahiri.” (Kitab Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab)

Begitu juga dengan tahi di dalam perut ikan, anda wajib membersihkannya dahulu sebelum masak melainkan ikan yang kecil seperti ikan bilis.

HUKUM MAKAN DARAH IKAN

Berkata Imam al-Nawawi:

وَكَذَا رَوْثُ السَّمَكِ وَالْجَرَادِ وَمَا لَيْسَ لَهُ نَفْسٌ سَائِلَةٌ كَالذُّبَابِ فَرَوْثُهَا وَبَوْلُهَا نَجِسَانِ عَلَى الْمَذْهَبِ وَبِهِ قَطَعَ الْعِرَاقِيُّونَ وَجَمَاعَاتٌ مِنْ الْخُرَاسَانِيِّينَ وَحَكَى الْخُرَاسَانِيُّونَ وَجْهًا ضَعِيفًا فِي طَهَارَةِ رَوْثِ السَّمَكِ وَالْجَرَادِ وَمَا لَا نَفْسَ له سائل

Maksud: “Dan seperti demikian ialah tahi ikan dan tahi belalang dan haiwan yang tiada darah mengalir seperti lalat maka tahi dan kencingnya adalah najis keduanya atas pendapat mazhab dan dengannya telah memutuskan olih ulamak Iraq dan beberapa jemaah dari ulamak Khurasan.

Dan fuqahak Khurasan ada menghikayatkan satu wajah yang dhaif pada mengatakan suci tahi ikan dan belalang dan haiwan yang tiada darah mengalir.” (Kitab Al-Majmu’)

Kesimpulannya, darah ikan yang mengalir dan kotoran dalam perutnya adalah najis. Wajib dibersihkan dahulu darah dan kotorannya itu sebelum memakannya.

Semoga bermanfaat dan menjawab persoalan anda.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi 8 Doa Untuk Anak Yang Dibaca Setiap Hari, Mujarab!

Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×