Famili

Selalu Sakit Tapak Kaki Bila Bangun Tidur, Itu Tanda Anda Alami Radang Fascia Plantar

40
SHARES
SAKIT TAPAK KAKI

Sakit tapak kaki biasanya terjadi jika anda terlalu banyak berjalan atau mengalami radang fascia plantar. Penyakit radang fascia  plantar ini disebabkan oleh pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, terdapat beberapa cara boleh dicuba untuk mengurangkan kesakitan. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Minum Air Asam Jawa Boleh Bantu Masalah Sukar Bernafas, Ramai Yang Belum Tahu!

SELALU SAKIT TAPAK KAKI, ITU TANDA ADA RADANG FASCIA PLANTAR

SAKIT TAPAK KAKI

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur? Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan ubat pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit akan hilang.

Jika ya, anda mungkin ada plantar fasciitis. Ia sering terjadi kepada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, bekerja berdiri/berjalan lama, berumur 40 tahun ke atas dan mereka yang sering memakai kasut tumit tinggi.

Jangan membiarkan penyakit ini kerana ia boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan dan merebak ke sakit lutut, pinggul serta tulang belakang.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan. Antaranya adalah:

  • Cengkam objek guna jari kaki
  • Lakukan senaman lengkukkan tapak kaki
  • Kerut tuala guna kaki
  • Jinjit kaki selama 3 kali dalam satu masa untuk beberapa saat
  • Jalan jijit beberapa minit sehari
  • Diri satu kaki selama 5 minit, dua kali sehari
  • Tarik kaki guna tuala
  • Guling benda bulat guna kaki
  • Berehat dari berlari dan berjalan
  • Bersenam guna basikal atau berenang
  • Beli kasut lebih besar dan lembut
  • Kurangkan pakai kasut high heels

Malam ini jangan lupa cuba senaman regangan otot kaki sebelum tidur.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Legakan Batuk Berpanjangan Guna Air Kembang Semangkuk, Macam Ini Caranya

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×