40 Minggu

Ibu Jangan Panik Bila Ada Cyst Ketika Hamil, Ini Info Anda Kena AMBIL TAHU

33
SHARES
cyst ketika hamil

Cyst ketika hamil boleh menyebabkan kesakitan yang terlalu kuat di bahagian perut. Sista dapat dikesan dengan menggunakan ujian ultrasound atau MRI.

Terdapat dua jenis sista sering terjadi ketika wanita mengandung iaitu follicular cyst dan corpus luteum cyst. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Ibu-Ibu, Jangan Salah Teknik Bila Perah Susu Guna Tangan. Nanti Melecet & Bengkak!

INFO TENTANG CYST KETIKA HAMIL YANG ANDA PERLU TAHU

CYST KETIKA HAMIL

Follicular cyst terbentuk apabila folikel di dalam ovari tidak pecah atau tidak dapat melepaskan ovum. Jadi, folikel ini membesar dan membentuk sista.

Corpus luteum cyst pula boleh berlaku apabila ovum yang dilepaskan daripada folikel setelah ovulasi. Folikel tersebut akan mengecil tetapi jika tidak mengecil, ia akan menjadi cyst.

Perlu diingatkan kedua-dua jenis ini selalu tidak kekal lama dan boleh hilang dengan sendirinya pada trimester kedua. Walau bagaimanapun, sesetengah kes ia boleh berada kekal di ovari dan menjadi besar sehingga perlu melakukan pembedahan.

Pembedahan akan dilakukan jika saiz cyst melebihi 5cm kerana bimbang akan pecah pada bila-bila masa. Selain itu, doktor juga perlu membuang cyst jika ia menyebabkan risiko keguguran atau kelahiran pramatang.

Sista yang semakin membesar boleh menyebabkan masalah semasa bersalin, terutamanya jika ia terlalu besar sehingga menghalang perut atau pelvis.

Antara simptom ibu-ibu akan alami adalah:

SELAMAT KE BUANG CYST SEMASA MENGANDUNG?

Jika perlu, sista ovari boleh dikeluarkan dengan selamat semasa kehamilan. Jika memerlukan pembedahan, anda mungkin boleh menjalani pembedahan laparoskopi invasif minimum melalui pembedahan kecil. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, pembedahan abdomen tetap diperlukan.

Jika anda mempunyai sista korpus luteum yang dikeluarkan pada awal kehamilan (sebelum 10 minggu), ia mungkin akan mengambil suplemen progesteron untuk menyokong kehamilan. (Biasanya, korpus luteum menyediakan progesteron untuk menyokong kehamilan sehingga plasenta mengambil alih.)

PANTANG LARANG MAKANAN UNTUK ELAK CYST

Bagi memastikan kesihatan terus kekal terjamin, ibu-ibu dinasihatkan untuk makan beberapa jenis makanan seperti di bawah:

  • Sayur hijau berdaun
  • Ubi keledek
  • Kubis
  • Terung
  • Lobak merah
  • Kekacang
  • Tembikai
  • Buah oren
  • Guava
  • Betik
  • Buah pir
  • Makanan tinggi fiber
  • Pisang
  • Avokado

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Punca Ada Spider Veins Di Bahagian Payudara Semasa Hamil, Ibu-Ibu Jangan Risau!

Sumber: Baby Center & Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×