40 Minggu

Punca Ada Spider Veins Di Bahagian Payudara Semasa Hamil, Ibu-Ibu Jangan Risau!

11
SHARES
SPIDER VEINS PADA PAYUDARA

Muncul spider veins pada payudara semasa hamil biasanya berlaku pada trimester pertama kira-kira minggu ke-10. Hal ini kerana badan sudah mula mengeluarkan banyak darah dan bayi sedang membesar.

Urat di bahagian payudara semakin membesar untuk menampung jumlah darah yang lebih banyak dan ia biasanya berlaku sepanjang kehamilan.

Baca juga: 10 Kebaikan Melahirkan Anak Secara Pembedahan Elektif, Ramai Yang Belum Tahu

PUNCA ADA SPIDER VEINS PADA PAYUDARA SEMASA HAMIL

SPIDER VEINS PADA PAYUDARA

Urat ini bertindak untuk mengangkut oksigen, darah dan nutrien kepada janin di dalam perut.  Antara punca berlakunya spider veins adalah:

1. Sejarah keluarga

Genetik dan sejarah keluarga memainkan peranan dalam pembentukan urat payudara. Sekiranya sebelum ini ada ahli keluarga yang mengalami spider veins, anda juga mungkin tidak terkecuali untuk mengalaminya.

2. Saiz payudara

Saiz payudara yang lebih besar akan mempunyai urat yang lebih kelihatan. Selain itu, penambahan berat badan juga boleh mengakibatkan munculnya spider veins.

3. Penyakit mondor

Keadaan ini di mana anda akan mengalami keradangan di bahagian payudara. Perlu diingatkan ia boleh menjadi tanda-tanda awal kanser. Jadi, lebih berhati-hati ya.

4. Menyusu badan

Urat di bahagian payudara akan lebih jelas kelihatan semasa penyusuan dan saiz semakin membesar.

Payudara berurat boleh dikurangkan dengan memakai coli yang lebih ketat dan menyokong. Selain itu, semasa menyusukan bayi, urut perlahan-lahan untuk menghilangkan spider veins.

Sekiranya perkara ini mengganggu diri anda, rujuk pakar dermatologi kosmestik di mana ia boleh dihilangkan dengan menggunakan teknik laser dan suntikan.

BOLEH KE CEGAH SPIDER VEINS KETIKA HAMIL?

Malangnya, jika anda mempunyai sejarah keluarga atau memiliki saiz payudara yang besar,  urat akan lebih kelihatan dan tidak boleh dicegah.

Walau bagaimanpun ia boleh dikurangkan dengan cara mengambil vitamin C untuk kulit. Dinasihatkan juga agar bersenam dengan kerap supaya peredaran darah lebih teratur.

Ibu-ibu jangan risau, apabila si kecil mula makan makanan pejal dan sudah putus susu, masalah spider veins akan berkurangan dan hilang dengan sendirinya.

Kemunculan spider veins pada payudara ketika hamil bukanlah sesuatu yang serius selagi mana ia tidak menyebabkan bengkak, sakit dan berdenyut bila disentuh. Dapatkan rawatan doktor jika perkara ini berlaku.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Air Selusuh Agar Proses Bersalin Lebih Mudah, Bakal Ibu Take Note!

Sumber: What To Expect & Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×