Sihat

4 Tahap Kanser Payudara Anda Kena Ambil Tahu, Boleh Cegah Awal-Awal

1
SHARES
TAHAP KANSER PAYUDARA

Antara kanser yang biasa terjadi kepada wanita adalah kanser payudara. Tahap kanser payudara boleh dibahagikan kepada 4 tahap dan pada peringkat awal ia masih boleh disembuhkan.

Setiap tahap mempunyai ciri-ciri berlainan dan ia boleh mengganggu kesihatan diri sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Baca penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Tanpa Sedar Rupanya Ini Makanan Boleh Jadi PUNCA Kanser Payudara, Takutnya!

AMBIL TAHU 4 TAHAP KANSER PAYUDARA INI

TAHAP KANSER PAYUDARA

Tahap 1

Di peringkat ini, sel kanser mula menyerang tisu payudara. Di fasa ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu IA dan IB.

Secara umumnya, di peringkat IA:

  • Ukuran tumor sehingga 2 sentimeter
  • Kanser tidak merebak di luar payudara

Peringkat IB pula:

  • Tiada tumor tetapi sel kanser mula merebak dan ada kelenjar limfa
  • Ada tumor dalam payudara tidak melebihi 2cm dan sel kanser

Tahap 2

Di peringkat ini kanser payudara mula membesar.

Boleh dibahagikan kepada dua peringkat:

Peringkat IIA:

  • Kanser berukuran antara 2 hingga 5cm dan merebak ke kelenjar limfa atau
  • Kanser berukuran 2 hingga 5cm tetapi tidak merebak di kelenjar limfa

Peringkat IIB:

  • Sel kanser mula merebak kepada satu atau dua bahagian nodus limfa
  • Tumor semakin membesar tetapi tidak merebak ke mana-mana nodus limfa

Tahap 3

Tahap kanser peringkat 3 ini ia mula merebak ke bahagian lain dan saiz lebih besar. Boleh dibahagikan kepada tiga sub kategori iaitu:

Peringkat IIIA adalah berdasarkan salah satu daripada yang berikut:

  • Dengan atau tanpa tumor pada payudara, kanser ditemui dalam empat hingga sembilan nodus limfa berdekatan
  • Tumor payudara lebih besar daripada 5cm dan kanser telah merebak ke antara satu hingga tiga nodus limfa berdekatan

Peringkat IIIB:

  • Tumor telah merebak ke kulit hingga menyebabkan keradangan
  • Sel kanser merebak ke nodus limfa ketiak dan tulang payudara

Peringkat IIIC:

  • Tumor semakin membesar dan semakin banyak nodus limfa terjebak

Tahap 4

Tahap 4 kanser payudara adalah paling teruk kerana sel kanser mula merebak ke bahagian nodus limfa lain seperti paru-paru, hati, otak, leher, hati dan tulang. Kanser tahap ini sukar untuk disembuhkan.

Sekiranya ada biji kecil atau ketulan di bahagian payudara, dapatkan nasihat dan rawatan doktor dengan segera. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Anak Kongsi Guna 5 Kaedah Rawat Ayah Sakit Di Rumah, Dah Boleh Jalan & Tak Mengesot!

Sumber: Memorial Sloan Kettering Cancer Center

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×