Dapur

Ini Cara Orang Dulu-Dulu Hilangkan Bau Ketiak, Kena Guna Daun Limau Purut Baru Wangi

8
SHARES
CARA HILANGKAN BAU KETIAK

Bau ketiak busuk memang boleh mengganggu orang sekeliling. Dah pakai minyak wangi pun tetap juga busuk. Jadi, antara cara hilangkan bau ketiak yang diamalkan oleh orang dulu-dulu adalah dengan menggunakan daun limau purut.

Menerusi perkongsian Leha Yusuf di laman Facebooknya, petua ini sangat mujarab dan berguna. Jom kita cuba!

Baca juga: Makan Budu Boleh Jadi BIJAK? Ini Rahsianya Yang Anda Tak Tahu!

CARA HILANGKAN BAU KETIAK GUNA DAUN LIMAU PURUT

CARA HILANGKAN BAU KETIAK

Harini Kak Ya nak kongsi macam mana nak cara hilangkan bau ketiak guna bahan murah.

1. Ambil beberapa helai daun limau purut dan potong halus.

2. Kemudian, ramas sehingga keluar bau dan gosokan daun tersebut di ketiak semasa mandi.

3. Semasa menggosok, pada mulanya anda akan menghidu bau busuk ketiak menjadi semakin kuat. Lama-kelamaan bau busuk tersebut akan semakin hilang.

Selain itu ada juga beberapa cara lain seperti di bawah:

– Mandi setiap hari dan guna sabun. Mandi dengan kerap selepas aktiviti berat seperti bersenam atau bersukan dapat menghilangkan bakteria dan peluh yang menyebabkan bau.

– Memakai fabrik yang bersesuaian seperti linen.

– Kajian pada tahun 2016 mendapati bahawa mencukur bulu ketiak dapat mengurangkan bau ketiak dengan ketara. Ini kerana pembersihan lebih berkesan pada kulit yang dicukur atau di wax.

PUNCA KETIAK BUSUK

Ketiak berbau boleh berlaku apabila bakteria pada kulit bersentuhan dengan peluh. Faktor pemakanan juga boleh menjejaskan bau badan. Keadaan yang dipanggil hiperhidrosis membuatkan seseorang berpeluh secara berlebihan.

Faktor lain yang boleh menjejaskan bau badan adalah:

  • Senaman
  • Tekanan atau kebimbangan
  • Cuaca panas
  • Berat badan berlebihan
  • Genetik

Jadi, boleh cuba cara hilangkan bau ketiak seperti yang dikongsikan di atas. Mudah sahaja kan?

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini ‘Rahsia’ Cara Simpan Susu Cair Yang Sudah Dibuka, Boleh Tahan Berbulan

Sumber: Facebook Leha Yusuf & Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×