40 Minggu

Kalau Nak Isteri Gembira Menyusu Badan, Suami Jangan Tengok Je..Sokong Apa Yang Patut!

MENYUSU BADAN

Isu mengenai menyusu badan sering menjadi perbualan hangat dalam kalangan ibu-ibu. Rata-rata meluahkan rasa penat dan stres kerana perlu memberi susu untuk si kecil.

Walau bagaimanapun, masalah ini bukanlah satu perkara yang perlu dirungutkan seperti perkongsian Puan Norainsyah Abdul Halim di laman Facebooknya.

Baca juga: Pertama Kali Bergelar Mommy Daddy, Ini Cara Daftar Nama Anak Di JPN. Jangan Lambat!

MENYUSU BADAN BUKAN PERKARA SUSAH

MENYUSU BADAN

Jelasnya, menyusu badan lebih mudah serkianya mendapat sokongan seorang suami. Ini akan membuatkan isteri gembira dan kurang bebanan.

Antara sokongan dan pertolongan yang boleh diberikan oleh suami adalah seperti di bawah:

“Abang, tolong ambikkan sayang air. Haus gila, macam nak menggelupur bang. Badan jadi panas sesangat ni.” pada pukul 3 pagi.

“Abang, boleh urutkan belakang tak? Sakit sangat-sangat belakang sampai tengkuk ni, sayang tak larat bangun minum air malam tadi.” 

“Abang, sayang lapar gila-gila. Sayang kena makan jugak sekarang ni. Dah menggeletar satu badan ni.” 

“Abang, berat Safiyyah tak naik ni. Kena makan daging tapi yang frozen murah-murah tu tak boleh. Dia eczema. Kena cari yang fresh dekat pasar.” 

“Abang, nak nasi ayam. Tapi ayam tu nak dua ketul tau. Nak tambah protein.” 

Disebabkan pertolongan daripada seorang suami yang bertanggungjawab ini akan menyebabkan mental isteri lebih terjamin dan kurang bebanan.

“Inilah hakikat menyusu badan yang saya tak rasa bebannya tu, kerana ada seorang suami yang sanggup usahakan semua ni bersama,” luahnya.

Banyak wang diperlukan. Mak dan anak perlukan nutrients dan tenaga. Banyak usaha diperlukan kerana menyusu badan ni memerlukan sokongan fizikal dan mental.

Sama sajalah susu badan atau formula. Both ada penat dan struggle dia. Untuk lihat anak sihat seketul seperti di bawah ini, banyak yang perlu kita korbankan.

Kita usaha untuk tak merungut kerana itu adalah hak anak kita. Namun, masing-masing bekerja keraslah, jangan lepas tangan. Jangan perlekeh sesiapa.

Raikan semua orang. InsyaAllah semua ibu bapa normal mahukan yang terbaik untuk anak masing-masing. Moga Allah ambil kira segala kesulitan dan penat lelah kita itu untuk jadi asbab masuk ke syurga-Nya.

Baca juga: Cek Perut & Cek Kepala Baby, Ibu Ini 8 Pemeriksaan Untuk Baby Baru Lahir, Take Note!

Sumber: Facebook Norainsyah Abdul Halim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×