Famili

Tak Ada Jalan Mudah Nak Susukan Anak, Ibu Ayah Sila STOP Beli Bantal Macam Ini!

6
SHARES
BOTOL SUSU ANAK

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai jenis bantal bayi yang mampu memegang botol susu anak secara sendiri. Perkara ini sudah tentunya menarik minat sesetengah ibu bapa kerana beranggapan ia merupakan inovasi yang lebih mudah dan menjimatkan masa.

Walau bagaimanapun, perkara ini mendapat perhatian beberapa pihak kerana bantal tersebut sebenarnya membahayakan. Ibu ayah janganlah terlalu ‘moden’ sehingga mengadaikan nyawa anak sendiri.

Baca juga: Tips Paling Berkesan Ajar Anak Baca Buku Bahasa Inggeris, Confirm Si Kecil Suka!

BANTAL PEGANG BOTOL SUSU ANAK SECARA SENDIRI BAHAYA!

BOTOL SUSU ANAK

Menerusi hantaran di laman Facebook Puan Nad Masrom, bantal ini dikatakan boleh membunuh bayi kerana tidak sesuai digunakan disebabkan kawalan tangan dan kepala masih lagi lemah.

Walaupun bantal tersebut memudahkan kerja ibu tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah tersebut kerana bayi hanya menyusu beberapa minit sahaja. Jadi, tiada sebarang masalah untuk ibu ayah memegang botol tersebut.

Membiarkan bayi menyusu tanpa pengawasan merupakan tindakan bahaya. Dua kali ganda bahaya sekiranya membiarkan anak menyusu menggunakan bantal ini.

Antara risiko yang boleh terjadi adalah bayi tercekik susu jika aliran botol terlalu laju. Hal ini kerana si manja tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal aliran susu dan tidak tahu bila perlu berhenti menyusu.

Memandangkan botol dilekatkan pada kusyen supaya ia kekal dalam kedudukan penyusuan yang aktif, bayi mungkin sukar mengeluarkan puting daripada mulut mereka apabila mahu berhenti.

Risiko seterusnya adalah sekiranya bayi tersedak ketika menyusu, ini akan menyebabkan susu tersebut masuk ke dalam paru-paru dan mengakibatkan radang.

Jadi, sekiranya ibu ayah ada membeli bantal botol susu anak ini, buang dan jangan gunakannya. Memang sangat bahaya dan tiada jalan selamat untuk digunakan.

CARA MENYUSUKAN ANAK DENGAN BETUL

– Jangan tinggalkan bayi menyusu sendirian.

– Pegang bayi dalam keadaan separuh tegak dengan kepala disandarkan supaya mereka boleh bernafas dan menelan dengan selesa.

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.

Sumber: Facebook Nad Masrom & Which Co UK

Kredit foto: Which Co UK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×