Sihat

Gagal Menyusukan Anak Sendiri, Ibu Ini Kongsi Kisahnya Yang Menyayat Hati

94
SHARES

Ibu mana yang tidak mahu untuk menyusukan anak sendiri kan? Sudah tentu kerana mahu anak-anak mendapat khasiat unggul yang terkandung dalam susu ibu tersebut. Tetapi, tidak semua ibu dapat memberikan susu badan kepada anak sendiri di atas faktor-faktor tertentu. Tetapi, itu bukan bermaksud anda hanya perlu mengalah begitu sahaja, banyak rawatan yang boleh diperolehi.

Oleh itu, jom kita baca perkongsian kisah di laman Facebook milik Puan Suriati Shamsudin, dimana beliau merupakan seorang kaunselor. Di dalam perkongsian ini, beliau berkongsi kisah dari salah seorang pesakitnya yang tidak dapat menyusukan anak sendiri. Semoga perkongsian ini dapat dijadikan panduan buat para pembaca.

KISAH MENYUSUKAN ZURIAT SENDIRI

www.thebump.com

www.thebump.com

Sesekali, bila saya berpeluang untuk berjumpa dengan ibu-ibu seperjuangan, pasti saya ‘direzekikan’ dengan kisah atau cerita yang benar-benar memberikan ikhtibar buat saya. Satu pelajaran baru yang saya kutip dan benar-benar mengajar saya untuk lebih bersyukur dengan kehidupan yang dimiliki.

Hari ini, dalam serba kepayahan, seorang peserta kursus yang juga seorang ibu berkongsi kisah sedihnya kerana gagal menyusukan zuriatnya sendiri. Beliau redha sekiranya kegagalan itu berpunca dari kelemahan diri sendiri. Tetapi ia terjadi disebabkan faktor sekeliling atau keluarga yang menekan dan tidak memahami. Selepas kelahiran, ibu ini mengalami kesukaran untuk menyusukan anaknya. Biasalah anak sulung, belum lagi berpengalaman. Segala-galanya sukar jika tidak dibantu. Pegang anak masih lagi kekok. Penyusuan pula belum lagi sempurna.

www.medela.com

www.medela.com

Bila masuk hari kelima, payudara sudah mula membengkak. Sakit dan perit sekali. (Hanya orang yang pernah mengalami sahaja yang tahu kesakitannya.) Sekuat hati beliau melawan rasa kesakitan itu. Beliau cuba memerah susu yang terkumpul walau sakit tidak tertanggung. Akhirnya beliau berjaya memperolehi 3 oz. Satu kuantiti serta pencapaian yang cukup membanggakan bagi seorang ibu yang baru pertama kali menjadi ibu dan pula baru lima hari melahirkan. (Tahniah atas kegigihannya.)

Ibu ini tersenyum puas melihat rezeki anaknya itu. Gembira sekali. Namun, belum lagi susu itu sampai ke mulut anaknya…ia telah dibuang oleh ibu mertuanya. Di hadapan matanya sendiri. Susu yang berwarna kekuningan dan agak pekat itu dipercayai ‘tidak elok’ untuk diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan. Beliau hanya mampu memandang dan menangis. Itulah susu pertama yang bakal dinikmati anaknya. Ada kolustrum di dalamnya. Titisan emas yang bakal ‘melindungi’ anaknya. Malang sekali nasib anaknya.

Kerana pegangan ‘kepercayaan’ yang masih lagi kuat, beliau dihalang untuk menyusui anaknya untuk hari-hari seterusnya. Di manakah haknya sebagai seorang ibu? Kerana terlampau kecewa, beliau nekad untuk mengambil pil menghentikan penghasilan susu. Biarlah dia tidak menyusui anaknya kalau itulah yang diinginkan oleh suami dan ibu mertuanya. Dia kalah dan mengalah.

themotherofnine9.wordpress.com

themotherofnine9.wordpress.com

TEKANAN PERASAAN YANG HEBAT

Selepas itu, bermulalah tekanan perasaan yang maha hebat. Beliau murung dan mula menyendiri. Rasa bersalah pada anaknya dan keliru dengan keputusan yang diambil. Beliau terdiam sejenak. Cuba mengawal perasaan dan menahan air mata dari gugur. Pilu sekali. Semua mata tertumpu kepada ibu ini. Menanti cerita seterusnya.

Akhirnya beliau bersuara, “Sungguh…saat itu saya hanya memikirkan untuk mati. Malah saya sudah memilih beberapa tempat di rumah saya untuk saya gantung tali atau kain bagi membunuh diri”. Kami terpana.

Ya Allah. Sampai ke tahap itu beliau terfikir untuk bertindak.  Inilah agaknya yang dinamakan meroyan atau ‘postnatal depression’. Selama ini saya sekadar mendengar dari jauh kisah-kisah meroyan ini. Tapi hari ini saya berdepan dengan ‘pesakit’ itu sendiri. Sukar untuk kita menerimanya. Namun, lebih sukar lagi buat orang yang melaluinya sendiri.

http://lifestyle.one/

http://lifestyle.one/

Syukurlah, dalam kecelaruan fikirannya, Tuhan masih menerbitkan kewarasan dalam fikirannya. Mungkin juga kerana dalamnya kasih seorang ibu terhadap anak yang baru mengenal dunia sehingga beliau tidak meneruskan niatnya itu. Sudah tiga tahun cerita ini tersimpan. Hari ini barulah ibu ini mampu meluahkan dan membangkitkan semula kisah duka itu.

Kata beliau, beliau kecewa dan menyesal dengan apa yang telah berlaku. Andai diberi rezeki untuk mempunyai zuriat lagi…sumpah…dia berjanji yang kisah duka seperti ini tidak akan berulang kembali. “Saya benar-benar ini belajar bersungguh-sungguh tentang penyusuan susu ibu ini. Saya tidak akan benarkan sesiapa lagi yang dapat memperbodohkan saya. Saya ingin berjuang habis-habisan”. Ujar ibu ini bersemangat.

http://milkgenomics.org/

http://milkgenomics.org/

Saya benar-benar terkesan dengan kisah duka ibu ini. Saya bersyukur kerana mampu menyusukan 3 orang anak saya. Walau ada ketikanya semangat saya merudum, namun saya mampu mengatasinya. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kini saya sedar….sesusah-susah saya, ada lagi insan lain yang lebih susah dari saya dalam menyempurnakan penyusuan. Dalam diam saya berdoa semoga…

++ Allah mengurniakan zuriat lagi kepada ibu ini supaya beliau dapat menyempurnakan hajat menyusui bayinya yang tertangguh suatu ketika dahulu.

www.babycenter.com

www.babycenter.com

++ Ibu-ibu di dunia ini berjaya menyusui anaknya dengan sempurna serta berjuang bersungguh-sungguh untuk menyempurnakannya.

++ Semua suami di dunia ini mampu menjadi tulang belakang buat isterinya dalam melalui saat-saat sukar. (Isteri anda sangat ‘lemah’. Nyawa mereka menjadi taruhan demi melahirkan zuriat anda. Berdiri teguhlah di belakang isteri. Bantulah mereka. Peganglah mereka dengan kuat agar tidak ‘jatuh’.)

++ Setiap ahli keluarga (ibubapa, mertua dan adik-beradik) lebih memahami dan seikhlas hati menjadi ‘support system’ yang terbaik buat ibu yang baru melahirkan ini.

www.shutterstock.com

www.shutterstock.com

++ Masyarakat kita lebih berilmu dan sedar tentang kepentingan penyusuan susu ibu.

++ Masyarakat kita bergandingan bahu menangani permasalahan ibu-ibu meroyan selepas melahirkan anak.

++ Anak-anak yang disusui bakal membesar menjadi insan yang bermanafaat kepada agama, bangsa dan negara.

Sumber Facebook : Suriati Shamsuddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×