Asuh

Lupa Tinggal Anak Lama Dalam Kereta! Ibu Ayah Praktis 9 Tips Ini Agar Kejadian Hitam Tak Berlaku!

43
SHARES
anak tertinggal dalam kereta

Isu anak tertinggal dalam kereta sehingga mati sering kali kita baca di media sosial. Perkara ini berlaku kerana kelalaian dan kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak.

Insiden seperti ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa diduga. Jadi, untuk mengurangkan kebarangkalian anak tertinggal dalam kereta, kami kongsikan beberapa cara elakkan terlupa ada anak di dalam kereta. Ibu bapa wajib baca!

Baca juga: Jangan Halang Anak Main Tampal Sticker, 5 Aktiviti Ini Boleh Buat Si Kecil Jadi Super Bijak!

ANAK TERTINGGAL DALAM KERETA NAK BUAT APA? INI CARANYA

anak tertinggal dalam kereta

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin (termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi anak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak ada di belakang.

4. Jika ada membawa beg susu anak bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa si kecil ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut kiri anda di ruangan kaki di belakang jika pandu kereta auto. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

anak tertinggal dalam kereta

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan ada anak di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya.

8. Guna peranti (device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan bahawa ada anak di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Bagi yang selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai ke destinasi.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×