40 Minggu

Boleh Tak Makan Pedas Jika Menyusu Anak? Jangan Gusar Lagi, Baca Ulasan Doktor

387
SHARES

“Aku tengah menyusukan anak ni, boleh ke tak nak makan makanan pedas eh? Teringin pulak”

BOLEH KE TIDAK MAKAN PEDAS KETIKA MASIH MENYUSU?

edition.cnn.com

Hal ini merupakan antara dilema yang dialami oleh para ibu tidak kira semasa hamil ataupun ketika sudah menyusukan anak. Banyak petua yang menyatakan bahawa ibu yang sedang menyusukan anak perlu mengelak dari makan makanan yang pedas supaya tidak menjejaskan selera bayi.

Namun berdasarkan pendapat dan kajian pakar iaitu Dr. Jennifer Wider, merupakan penasihat perubatan untuk Society for Women’s Health Research. Beliau berkata tiada bukti saintifik yang mengatakan ibu menyusu makan pedas akan menyebabkan kesan buruk pada bayi mereka. Malah, dengan makan makanan yang pedas sebenarnya dapat membantu anak anda tak cerewet makan!

MEMBANTU UNTUK MERANGSANG DERIA RASA BAYI

www.whattoexpect.com

Dengan mengamalkan makanan yang pedas dan segala jenis makanan  ketika menyusu sebenarnya dapat membantu merangsang deria rasa bayi. Ini yang menjadikan anak-anak membesar dengan karakter yang tidak cerewet dalam pemilihan makanan.

Dr. Jennifer juga mengatakan jangan risau untuk makan makanan yang pedas ketika menyusu kerana pengeluaran susu bukan dari sistem pencernaan makanan malah susu ibu dihasilkan melalui darah si ibu sendiri. Ini bermakna, jika ibu itu makan sayur yang berangin, nutrien sayur tersebut akan diserap ke dalam susu namun bahagian berangin itu tidak akan memberi kesan kepada bayi. Jadi, situasi ini tidak akan menjejaskan bayi yang menyusu.

http://www.haberekspres.com.tr/

ANAK SUDAH TERBIASA DENGAN PELBAGAI RASA MAKANAN

Menurut pakar, jika si ibu sudah makan pelbagai jenis makanan sejak sebelum menyusukan anak lagi, berpotensi besar si anak tidak akan cerewet dalam pemilihan makanan kerana sudah terbiasa dengan deria rasa tersebut.

www.babycenter.com

Namun ada juga dalam kalangan ibu yang mengelak dari makan makanan yang pedas kerana mengkhuatiri anak akan terlibat dalam masalah kulit seperti ruam dan kemerah-merahan. Jangan risau, jika anda bukan penggemar makanan yang pedas, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang pelbagai dan seimbang supaya anak masih dapat merangsang deria rasa mereka sejak dari kecil.

Sumber : TheasianparentDailymail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×