Sihat

Ada Orang Kata Mandi Malam Punca Paru-Paru Berair, Fakta Atau Mitos Semata-Mata Ya?

51
SHARES
paru paru berair

“Jangan mandi malam, nanti paru paru berair..”

Paru-paru berair atau pleural effusion keadaan di mana air berkumpul di antara lapisan tisu yang melapisi paru-paru dan juga rongga dada.

Punca paru paru berair sering dikaitkan dengan mandi malam namun sejauh manakah kesahihan perkara ini? Adakah ia benar-benar menyebabkan paru-paru berair atau mitos sahaja? Jawapannya ada di bawah.

Baca juga: Kena Tahu Cara CPR Yang Betul Kalau Nak Selamatkan Nyawa Orang Tersayang

PARU PARU BERAIR SEBAB MANDI MALAM? BETUL KE MITOS TU?

paru paru berair

SIMPTOM PARU-PARU BERAIR

Sesetengah individu tidak mempunyai simptom dan hanya ditemui selepas melakukan x-ray dada. Pesakit mungkin mempunyai gejala yang tidak berkaitan termasuk:

  • Sakit dada
  • Batuk kering
  • Dyspnea (sesak nafas, atau pernafasan yang sukar)
  • Orthopnea (ketidakupayaan untuk bernafas)

PUNCA PARU-PARU BERAIR

Paru-paru berair adalah biasa dengan kira-kira 100,000 kes didiagnosis di dunia setiap tahun. Penyebab paling biasa paru-paru berair adalah:

Paru-paru berair eksudatif (cecair kaya protein) biasanya disebabkan oleh:

Penyebab paru-paru berair lain:

  • Batuk kering
  • Penyakit autoimun
  • Pendarahan
  • Chylothorax (limfoma)
  • Jangkitan dada dan perut yang jarang berlaku
  • Efusi pleura asbestos
  • Sindrom Meig (tumor ovari)
  • Sindrom hiperstimulasi ovari

PARU-PARU BERAIR SEBAB MANDI MALAM?

paru paru berair

Mandi malam sebelum tidur boleh menghantar isyarat kepada otak bahawa sudah tiba masanya untuk tidur. 

Mandi pada waktu malam juga memastikan badan lebih bersih sebelum tidur kerana peluh, kotoran dan minyak badan sudah dibersihkan.

Mandi pada waktu malam guna air panas ada banyak kebaikan seperti:

– Kajian mendapati bahawa mandi air panas atau mandi sebelum tidur boleh mendapatkan lena yang berkualiti. Mereka yang mandi satu hingga dua jam sebelum tidur juga lebih cepat tertidur.

– Para penyelidik mendapati bahawa air suam mampu merangsang aliran darah ke tangan dan kaki, yang membolehkan haba badan keluar dengan lebih cepat.

– Kajian juga mendapati mandi antara kira-kira 104.5 dan 106 darjah fahrenheit mampu menurunkan tekanan darah sebelum dan semasa tidur.

– Untuk mengurangkan selesema, boleh sedut wap air panas.

Jadi, jawapan yang tepat adalah mandi pada waktu malam tidak akan mengakibatkan paru-paru berair. Menerusi perkongsian di atas, punca paru-paru berair adalah disebabkan kanser, sakit jantung dan lain-lain.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Cleveland Clinic, Sleep Foundation & Medline Plus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×