Sihat

Tiada Bukti Mandi Setiap Hari Boleh Beri Manfaat Kepada Kesihatan- Pakar

27
SHARES
amalan mandi

Amalan mandi setiap hari merupakan perkara wajib dilakukan oleh rakyat Malaysia terutama sekali ketika cuaca panas. Bukan sahaja untuk menyegarkan badan malah mandi turut menghindarkan segala bau-bau yang tidak diingini. Namun, semua ini berbeza dengan orang Barat kerana mereka hanya mandi sebulan sekali!

Katanya, amalan mandi ini tidak memberikan manfaat kesihatan kepada badan. Betul ke?

Baca juga: Musim Panas Di Mekah, Jemaah Haji WAJIB ‘Selit’ Barang Ini Elak Alami Strok Haba

AMALAN MANDI TIDAK BERI MANFAAT KESIHATAN- PAKAR

amalan mandi

Pakar mengatakan mandi setiap hari tidak terbukit mempunyai manfaat kesihatan dan menganggap ia hanyalah amalan yang diterima secara sosial bertujuan untuk mengelak diri dicemuh. Hal ini kerana, antara pelakon antarabangsa seperti Jake Gyllenhaal dan Mila Kunis mengakui mereka hanya mandi beberapa hari sekali sahaja.

“Kenapa perlu basuh semua badan?” kata ahli alam sekitar Donnachadh McCarthy kepada BBC. Dia memberitahu bahawa ramai dalam kalangan mereka hanya mencuci wajah di singki dan menggunakan kain lembap untuk mengelap badan. Bahkan, dirinya hanya mandi sebulan sekali sebagai salah satu langkah untuk menjaga alam sekitar.

Katanya, obsesi terhadap kebersihan sebenarnya boleh membahayakan kesihatan seseorang dan turut dikategorikan sebagai tingkah laku antisosial.

Pakar dermatologi Manhattan Dr. Julie Russak sebelum ini memberitahu The Post bahawa mandi berpanjangan dan setiap hari boleh menghilangkan ‘mikrobiom kulit’,  yang memainkan peranan dalam melindungi kulit dan juga sangat penting dalam kesihatan keseluruhan badan.

Pada 2021, penyelidik di Harvard Health mendapati bahawa 66 peratus rakyat Amerika Syarikat mandi setiap hari, manakala laporan 2005 mendakwa bahawa adalah perkara biasa bagi warga Britain (Inggeris) untuk mandi sekali atau dua kali sehari.

Pakar menasihatkan untuk orang yang mempunyai kulit yang lebih kering – atau mengalami keadaan seperti ekzema untuk kurang mandi dengan kerap sebagai langkah untuk memelihara mikrobiom kulit mereka yang disebutkan di atas. Jika seseorang merasakan keperluan untuk mandi setiap hari  sama ada selepas bekerja atau bersenam, mereka harus memberi tumpuan hanya pada kawasan yang mempunyai pengumpulan peluh yang lebih tinggi.

amalan mandi

Foto: Forbes

*Namun, dalam Islam amalan mandi adalah perkara yang sangat dituntut bagi menjaga kebersihan diri terutama sekali mandi air sejuk sebelum Subuh. Barulah segar!

Baca juga: 7 Perangai Tidak Matang Dalam Kalangan Orang Dewasa, Buang Masa Layan!

Sumber: NYPost

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×