Sihat

7 Perangai Tidak Matang Dalam Kalangan Orang Dewasa, Buang Masa Layan!

2
SHARES
perangai budak-budak

Melayan perangai budak-budak memang meletihkan. Namun, kalau dalam kalangan orang dewasa yang masih mempunyai perangai ‘childish’ ini bertambah penat hendak dilayan. Hal ini kerana, perangai yang masih tidak matang ini boleh membawa kemudaratan kepada orang sekeliling.

Oleh itu, berikut merupakan antara perangai kebudak-budakan dalam kalangan orang dewasa yang anda boleh perhatikan. Boleh juga semak pada diri sendiri sebagai ‘cerminan’.

Baca juga: Ayah Tulis Diari Catat Setiap Kenangan Dengan Anak Sejak Lahir Undang Sebak..

7 PERANGAI BUDAK-BUDAK ORANG DEWASA, TAK MATANG

perangai budak-budak

1.Jadi melodramatik

Ketika anda masih muda remaja, sering mencetuskan perselisihan faham antara rakan itu sudah biasa walaupun puncanya hanyalah perkara yang remeh. Contohnya, kalau rakan dah ada kekasih baharu tapi tidak memberitahu kepada anda, merajuklah diri kerana rasa disisihkan. Namun, apabila umur meningkat dewasa, sifat melodramatik ini sepatutnya semakin pudar dan mengamalkan konsep ‘jaga tepi kain sendiri’. Jika anda masih tidak melepasi peringkat ini, makan sifat tidak matang itu masih kuat.

2.Emosi tak stabil

Kalau anda perasan, kanak-kanak tidak mempunyai banyak kawalan ke atas emosi mereka iaitu perasaan mereka datang dengan cepat dan kuat. Tapi, apabila menjadi orang dewasa, sifat ini akan beransur-ansur menjadi lebih baik dalam mengawal pasang surut emosi. Orang yang kurang matang masih membiarkan emosi mereka menguasai diri dan akhirnya akan menyesal.

3.Kalau orang tak ikut cakap, akan mudah merajuk

Apabila kanak-kanak tidak mendapat apa yang mereka mahukan, mereka boleh merajuk, mencebik, merengek, menghentak-hentak dan menghempas pintu, atau berkurung dalam bilik sehingga enggan keluar. Orang dewasa yang tidak matang terus melakukan perkara-perkara ini sedangkan mereka patut melepasi tahap di mana keinginan mereka tidak semestinya perlu dituruti.

4.Rasa berhak atas semua perkara

Sebagai seorang kanak-kanak, anda berhak mendapat perkara seperti makanan, tempat tinggal dan pendidikan, kerana anda tidak boleh mendapatkannya sendiri. Apabila kebanyakan orang mencapai usia dewasa, mereka menyedari bahawa mereka perlu berdikari pada masa hadapan untuk mendapat kerjaya atau perhubungan yang memuaskan. Orang yang tidak matang terus percaya bahawa mereka sememangnya berhak untuk mendapatkan perkara yang mereka mahu dengan cara mudah, diberikan terus kepada mereka.

5.Suka buli dan memerli orang lain

Jika ada rakan-rakan dewasa yang selalu buat perkara seperti di bawah ini, maka dirinya masih lagi belum matang:

-Mengejek seseorang kerana mempunyai sifat positif, seperti pandai
-Mengganggu orang untuk hiburan anda sendiri
-Bersifat menjengkelkan atau tidak bertimbang rasa kepada orang tanpa sebab selain daripada “mendapat reaksi”
-Menyebarkan gosip jahat
-Suka bermegah-megah

6.Lebih suka menipu

Sesetengah orang dewasa mempunyai rakan yang tidak matang itu yang masih merasakan keperluan untuk memutarkan cerita yang rumit tentang kehidupan mereka. Diceritanya kepada semua orang bahawa kehidupan mereka sangat bahagia tapi hakikatnya, penuh dengan kesulitan dan busuk hati.

7.Dahagakan perhatian

Orang yang kurang matang masih memerlukan perhatian yang berterusan dengan memancing pujian. Mereka memuatnaik di laman media sosial untuk mendapatkan tepukan di belakang. Mereka mungkin berada dalam hubungan yang serius, tetapi masih bermain-main sepanjang masa kerana mereka selalu ingin mengetahui seseorang menyukai mereka.

perangai budak-budak

*Adakah anda atau rakan sekeliling mempunyai kriteria seperti di atas?

Baca juga: Bakal Mentua Mata Duitan, Minta ‘Up’ Wang Hantaran Jadi RM18 Ribu Ikut Kenaikan Gaji

Sumber: Succeed Socially

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×