Famili

Jangan Selalu Sangat Jadi ‘Attention Seeker’, Risau Itu Sebenarnya Tanda Anda Seorang Narsisistik!

4
SHARES
narsisistik

Narcissistic personality disorder adalah satu masalah kesihatan mental di mana penghidapnya mempunyai perasaan yang tidak munabah tentang kepentingan diri mereka sendiri. Nampak seperti sekadar personaliti, namun individu narsisistik ialah seorang yang memerlukan rawatan disebabkan oleh keadaan kesihatannya.

Pernah tak berjumpa dengan individu narsisistik? Apabila berhadapan dengan golongan ini, apa yang anda perlukan adalah kesabaran yang tinggi. Sifat sayangi diri mereka yang berlebihan itu kadangkala tidak dapat kita terima. Tapi, apa ciri-ciri individu narsisistik?

Baca juga: Ada 6 Jenis Kemurungan Anda Perlu Tahu, Bukan Hanya Bipolar Disorder Sahaja

CIRI-CIRI INDIVIDU NARSISISTIK

1. Mengawal perbualan dan seringkali perbualan tersebut hanya berkenaan pencapaian dan kehebatan dirinya.

2. Berasa diri sendiri lebih penting.
3. Rasa bahawa diri sendiri adalah seperti golongan atasan dan hanya layak bergaul dengan kumpulan tersebut sahaja. Memerlukan pujian setiap masa daripada orang lain.

narsisistik

4. Bersikap sombong atau memandang rendah kepada orang lain.
5. Sanggup untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai tujuan dan matlamat peribadi.

6. Kerap berasa bahawa diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Sebagai contoh, kerap berasa lebih pandai, lebih cantik, lebih kacak, lebih berjaya dan lebih berkuasa daripada orang lain.

7. Rasa mempunyai hak walaupun sebenarnya tidak mempunyai hak ke atas sesuatu perkara atau isu.

8. Ingin diiktiraf atau dikenali ramai. Kerap menjadi attention seeker.

9. Kurang memahami individu lain atau kurang bersifat empati dalam memahami perasaan atau apa yang dilalui oleh orang lain.

narsisistik
10. Kerap menyatakan mengenai pencapaian dan bakatnya kepada orang lain sehinggakan tiada ruang untuk orang lain bercakap.

Disebabkan ciri-ciri di atas, personaliti individu narsisistik sendiri telah mendatangkan kekurangan dalam diri mereka. Terdapat beberapa kelemahan individu narsisistik sama ada secara langsung atau tak langsung yang tak ramai sebenarnya tahu. Antaranya ialah:

1.  Sukar menerima kritikan daripada orang lain berkaitan dirinya.

2. Kerap berasa tidak selamat atau insecure terhadap apa-apa perkara yang boleh merendahkan dirinya.

narsisistik

3. Mudah berasa tersinggung jika tidak melibatkan dirinya dalam sesuatu perkara.

4. Sukar mengawal emosi dan perasaan. 

Jadi, adakah ciri-ciri di atas wujud dalam diri anda? Jika ada, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Memang masalah mental ini tidak boleh hilang selamanya namun ia boleh dikawal jika anda berjumpa dengan pakar perubatan untuk mendapatkan rundingan dan konsultasi yang sepatutnya.

Sumber: Keluarga

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×