Famili

“Alahh 5 Sen Je Pun Baki, Apa Nak Berkira”- Pengajaran Buat Penjual Jangan Ambil Kesempatan!

2
SHARES

Apakah akan anda lakukan sekiranya, baki yang layak dimiliki oleh pembeli tidak mencukupi walaupun hanya bernilai 5 sen, tidak diberikan oleh juruwang di kedai oleh kerana nilai duit tersebut telah habis?

Mungkin tak ramai yang akan mempertahankan hak mereka kerana lebih memilih untuk angkat kaki dan berdiam diri saja. Disebabkan itu juga, mungkin ada segelintir juruwang di luar sana yang mengambil kesempatan terhadap pelanggannya.

Baca juga: “Phatta Bukan Muslim, Tapi Dia Tunjuk Maksud Sebenar Amanah Bekerja”- Lelaki Ini Sedih Cleaner Ofis Meninggal Dunia

IA LEBIH KEPADA ‘GENTLEMAN PRINCIPLE’ ANTARA PENJUAL & PEMBELI

Namun, lain pula kisahnya dengan lelaki ini yang berani bersuara tentang haknya untuk dijadikan pengajaran buat pembaca semua dan pelajaran yang sangat bermakna buat para penjual di luar sana. Jom baca perkongisan menarik ini!

Pergi beli air, harga air RM11.75 aku bagi RM12.00.

Adik cashier cakap:

“Maaf bang, tak ada duit 5 sen,” dengan bersahaja, dia pulangkan aku 20 sen beserta resit.

Aku cakap ke dia:

“Kalau tak ada 5 sen, kau kena bagi aku 30 sen bukan 20 sen. Kenapa pula aku kena absorb hilang 5 sen sebab kau yang tak ada baki?”

Terkebil-kebil dia. Mungkin dah biasa buat tapi kali ni tersilap orang.

ALAHHH 5 SEN JE PUN, APA YANG NAK BERKIRA…

Gambar hiasan: Fanjianhua – Freepik.com

Ramai orang bila beli benda yang so call ‘premium’ ini mungkin tak peduli pun. Alahhh 5 sen je pun, apa benda nak berkira dollsss.

Tak, bukan isu berkira. Tapi yang sebenarnya, isu tu bukan pada nilai 5 sen, 50 sen atau 50 ringgit sekalipun. Dia lebih pada gentleman principle antara penjual dan pembeli.

“Bayangkan harga tadi RM11.75, tapi saya bayar RM11.70 kemudian saya blahh sambil cakap maaf dik saya tak cukup 5 sen. Apa awak rasa?”

Masih terkebil-kebil, dia hulur aku lagi 10 sen. Aku senyum dan cakap “terima kasih”. Paling tidak, hari ini adik tadi dah dapat satu pelajaran yang sangat bermakna.

“ELOK LA TU BAYAR GUNA CASH, KASI PENGAJARAN SEDIKIT KEPADA PENJUAL…”

Meninjau di ruangan komen, penulis dapati ramai dalam kalangan netizen yang bersependapat dengan pengalaman dari saudara Firdaus yang telah memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada juruwang tersebut.

Bahkan, sudah ramai rupanya pelanggan yang sedar akan perbuatan ini namun ada dalam kalangan mereka hanya berdiam diri kerana tidak berani bersuara.

Betul juga! Kalau nak berniaga lakukan dengan cara yang betul. Tiada istilah berkira di sini tetapi lebih kepada ketelusan antara penjual dan pembeli. Kalau sudah tergigit cili, cepat-cepatlah berubah kerana lebih baik sekiranya sumber pendapatan itu dilimpahi keberkatan.

Sumber: Facebook Fdaus Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×