Sihat

Asyik Sakit Tengkuk & Susah Tidur, Rupanya Ini Tanda Gejala Somatik. Baru Tahu!

2
SHARES
GEJALA SOMATIK

Gangguan gejala somatik berlaku apabila seseorang berasa sangat tertekan terhadap gejala fizikal dan ia boleh menyebabkan tingkah laku yang tidak normal.

Menerusi perkongsian di Facebook milik Public Health Malaysia, gejala ini boleh menyebabkan tekanan emosi sehingga mengganggu aktiviti seharian seperti bekerja.

Baca juga: Patutlah Popular Dekat Korea, Rupanya Black Garlic Boleh Melawan Sel Kanser!

GEJALA SOMATIK BOLEH JADI PUNCA SELALU PENING KEPALA

GEJALA SOMATIK

Bukan sahaja mengalami kemurungan dan tekanan emosi, antara simptom yang lain adalah:

  • Pening kepala
  • Sakit tengkuk
  • Sakit belakang
  • Sakit tangan/sendi
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Letih & lesu
  • Perut kembung
  • Susah tidur

Jadi, sekiranya pekerja terlalu kerap mengambil cuti dan tidak sihat, majikan jangan beranggapan bahawa mereka malas bekerja atau sengaja.

Jika pemeriksaan doktor mendapati anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan sihat tubuh badan. Namun gejala tersebut benar-benar mengganggu dan memberi kesan kepada kehidupan seharian selama 6 bulan, ini tandanya anda mengalami Somatic Symptom Disorder.

Antara punca gangguan gejala somatik adalah:

  • Kemurungan yang teruk
  • Ada penyakit
  • Genetik keluarga
  • Trauma
  • Tahap pendidikan atau status sosio-ekonomi lebih rendah

Gangguan gejala somatik boleh dikaitkan dengan:

– Kesihatan yang kurang baik

– Masalah di tempat kerja atau pengangguran

– Gangguan kesihatan mental

– Gangguan personaliti

– Peningkatan risiko bunuh diri

– Masalah kewangan

CARA MENANGANI GEJALA INI

Jika anda mengalami gangguan gejala somatik, ini cara menaganinya:

1. Dapatkan bantuan pakar secepat mungkin sekiranya anda tertekan

2. Belajar untuk mengamalkan pengurusan tekanan dan teknik relaksasi.

3.  Teruskan dengan aktiviti sosial yang boleh membantu kehidupan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 9 Makanan Ini Jangan Diamalkan Kalau Anda Pesakit Buah Pinggang, Bahaya!

Sumber: Facebook Public Health Malaysia & Mayo Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×