Marmet atau teknik perah susu guna tangan yang betul perlu diketahui oleh para ibu. Hal ini kerana jika salah cara ia boleh menyebabkan bengkak susu, bahagian puting sakit dan melecet.
Sekiranya bayi berjauhan dan ibu perlu memerah susu, jadikan teknik di bawah sebagai panduan supaya susu dapat dikeluarkan dengan lancar.
Baca juga: Selain Kencing Lepas Bersama, Ada 3 Lagi Cara Nak Elak Hamil, Betul Berkesan Ke?
TEKNIK PERAH SUSU GUNA TANGAN, IBU KENA AMBIL TAHU
1. Pastikan tangan dicuci dengan sabun dan air bersih sebelum membuat perahan.
2. Urutan untuk menggalak pengaliran susu boleh dilakukan sambil perahan dibuat. Rasakan kedudukan duktus berdekatan luar kawasan areola.
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas areola. Jari-jari lain untuk menyokong dan mengampu payudara.
4. Perlahan-lahan tekan ibu jari dan jari telunjuk ke belakang arah dada.
5. Dikuti ibu jari dan jari telunjuk ditekan secara serentak bertujuan memberi tekanan kepada saluran susu di antara kedua-dua jari tersebut seterusnya membantu pengaliran susu ke puting.
6. Ulangi langkah ini di sekeliling payudara sehingga tiada lagi pengaliran susu keluar.
Elakkan laku 2 perkara ini iaitu:
- Memicit puting dan areola sepanjang perahan
- Melurut atau menggosok dengan kuat payudara ketika perahan
Baca juga: Punca Ada Spider Veins Di Bahagian Payudara Semasa Hamil, Ibu-Ibu Jangan Risau!