Famili

Hukum Guna Dan Kongsi Span Basuh Pinggan Yang Sama Dengan Orang Bukan Islam

8
SHARES
SPAN PENCUCI

Pasti dalam kalangan kita pernah terfikir mengenai hukum berkongsi span pencuci perkakas dengan non-Muslim. Perkara ini biasa berlaku di pantry pejabat di mana hanya ada satu sahaja span pencuci.

Jadi, bagi mengelakkan sebarang keraguan tentang perkara ini, penulis kongsikan penjelasan lanjut dari bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di bawah.

Baca juga: Tingkatkan Nafsu Syahwat Dengan Jilat Kemaluan Isteri, Ini Penjelasan Menurut Pandangan Islam

HUKUM KONGSI SPAN PENCUCI PERKAKAS DENGAN NON-MUSLIM

SPAN PENCUCI

Orang kafir atau non-muslim tidak dikategorikan sebagai najis secara hakiki. Najis yang dimaksudkan dalam ayat 28 surah Al-Taubah adalah merujuk kepada kekotoran yang perlu dihindari, bukan pada badan mereka.

Iman al-Nawawi ada menyebut bahawa tidak ada beza dari segi kesuciannya pada peluh, air liur, hingus dan air mata, antara orang yang berjunub, perempuan yang haid, orang yang suci, Muslim dan kafir.

Bagi menjawab persoalan mengenai berkongsi span pencuci perkakas, cukuplah sekadar mengambil hukum zahir berdasarkan apa yang berlaku.

Hal ini kerana hukum asal bagi sesuatu adalah suci sebagaimana kaedah menyebutkan:

الْأَصْلَ فِي الْأَشْيَاءِ الطَّهَارَةُ حَتَّى تَتَحَقَّقَ النَّجَاسَةُ

Maksudnya: “Asal bagi sesuatu adalah suci bersih sehinggalah ternyata kenajisannya.”

Jadi, tidak ada sebarang masalah untuk seseorang Muslim menggunakan spam yang sama dengan non-Muslim bagi membasuh perkakas.

Hal ini kerana hukum asalnya adalah suci dan bersih sehinggal ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Jika tidak ada sebarang tanda atau bukti yang menunjukkan kenajisannya, hukumnya tetap suci dan harus digunakan.

Sesuatu yang sudah diyakini kesucian dan kebersihannya, ia tidak boleh dibatalkan atau dihilangakan melalui kenajisannya yang diragukan.

Kita tidak mahu perkara ini membawa kepada timbulnya syak atau ragu-ragu sehingga menyusahkan ramai orang. Hal ini bertepatan dengan syariat Islam yang bersifat memudahkan dan tidak menyusahkan.

“(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran.” (Surah al-Baqarah: 185)

Ayat di atas memberi maksud bahawa Allah memudahkan jalan yang membawa kepada keredaanNya dengan kemudahan yang paling mudah dan meringankannya dengan keringanan yang paling ringan.

Baca juga: Doa Adik Beradik Boleh Diamalkan Setiap Hari, Semoga Sentiasa Bawah LindunganNya

Sumber: Maktabah Al Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×