Sihat

Selalu Sakit Tapak Kaki Bila Bangun Tidur, Rupanya Anda Alami Radang Fascia Tumit!

145
SHARES

“Aduh, sakit betul tapak kaki ni bila pijak lantai..”

Siapa yang selalu sakit pada tapak kaki bila pijak masa mula-mula bangun dari tidur? Sakitnya kadang- kadang sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Makan panadol pun tak jalan. Tapi kalau duduk dan tunggu lama sedikit, sakit tu hilang.

Jika ya, anda mungkin ada plantar fasciitis atau radang fascia tumit.

Baca juga: Kenapa Kerap Rasa Berdebar-Debar? Rupanya Anda Alami Stres Kronik!

SELALU SAKIT TAPAK KAKI BILA BANGUN TIDUR? RUPANYA ANDA ALAMI RADANG FASCIA TUMIT

Menurut info yang dikongsikan oleh Public Health, penyakit radang fascia plantar kaki ini disebabkan pemendapan calcium pada tulang tumit dan tisu fascia dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.

Ianya sering terjadi pada mereka yang berat badan mereka sudah mula meningkat, yang bekerja berdiri/berjalan lama, berumur >40 tahun dan mereka yang memakai high heels.

Anda tidak mahu membiarkan penyakit ini sehingga boleh menyebabkan anda mempunyai masalah berjalan, dan merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.

Ada beberapa cara untuk mengurangkan dari sakit ini tanpa ubat-ubatan atau pembedahan. Kami sharekan beberapa.
Namun jika ianya masih tidak berjaya, adalah baik jika ianya dirawat secepat mungkin oleh doktor di klinik orthopedik.

1.Berehat dari berlari dan berjalan.

2.Bersenam dengan berbasikal atau berenang.

3.Lakukan regangan oto kaki sebelum tidur.

4.Beli kasut baru yang lebih besar dan lembut permukaannya.

5. Kurangkan memakai kasut bertumit tinggi.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×