Cantik

Tuala Wanita Tak Boleh Main Beli Saja, Tapi Lihat 3 Elemen Ini Baru Darah Haid Tak Bocor!

10
SHARES
aspek penting tuala wanita

Terdapat sesetengah wanita membeli tuala wanita atau sanitary pad kerana terpengaruh pembungkusannya yang cantik dan ada juga yang bersikap sebaliknya. Namun, pembaca perlu tahu membeli kerana kualitinya adalah lebih baik dan ini beberapa aspek penting tuala wanita yang anda perlu ambil kira.

Terdapat tiga elemen penting yang perlu diperhatikan ketika membeli tuala wanita. Justeru itu, mari lihat ciri-cirinya di bawah.

Baca juga: Ada 5 Tips Bila Anda Sakit Tengkuk & Lenguh-Lenguh, Baru Lega Otot Leher!

ASPEK PENTING TUALA WANITA

aspek penting tuala wanita

INI 3 ELEMEN PENTING DALAM PEMILIHAN TUALA WANITA

1. PENYERAPAN YANG BAGUS

Elemen penting dalam pemilihan tuala wanita adalah kemampuan ia untuk menyerap kapasiti darah yang banyak dalam jangka waktu yang pendek. Darah yang diserap seharusnya berada di kawasan tengah tuala wanita untuk mengekang aliran darah mengalir keluar akibat tekanan seperti sewaktu duduk.

Cara untuk mengetahui sama ada darah yang keluar diserap di kawasan tengah adalah dengan memerhatikan warna darah pada permukaan tuala wanita, yang seharusnya menjadi lebih gelap apabila diserap. Semakin cerah warna darah bermaksud darah itu berada di permukaan.

Paling penting, anda akan rasa kering untuk lebih yakin melakukan pelbagai aktiviti harian tanpa risau akan kebocoran.

2. PANJANG & ALIRAN TUALA WANITA

Kebiasaannya, darah haid akan keluar dengan sangat banyak di permulaan waktu. Jadi, amat penting untuk memilih tuala wanita yang boleh menyerap aliran darah dengan cepat dan berkesan.

Caranya dengan memilih tuala wanita yang mempunyai ciri lebih panjang dan pelindungnya lebar sehingga ke bahagian belakang. Selalunya ciri ini ada pada tuala wanita yang khusus digunakan pada waktu malam.

Sesetengah tuala wanita juga disertakan dengan pengikat sisi agar dapat mengelakkan kebocoran.

3. BAHAN TUALA WANITA

Bahan tuala wanita ada yang diperbuat daripada kapas atau plastik jaring. Oleh kerana, setiap individu memiliki kulit badan yang berbeza, jadi tahap keselesaan perlu diambil kira dalam pemilihan tuala wanita.

Selain itu, jenis bahan juga mempengaruhi pengudaraan di bahagian alat sulit. Pengaliran udara yang tidak baik akan membuatkan anda berasa tidak selesa.

Kesannya, akan membuatkan kulit melecet dan gatal pada vagina, oleh kerana geseran yang berlaku apabila anda bergerak.

KESIMPULAN

Setelah anda membaca mengenai aspek-aspek penting tuala wanita di atas, tidak salah untuk anda lebih teliti sewaktu membuat pembelian. Ingat, jangan pilih tuala wanita kerana pembungkusannya kelihatan cantik tetapi pilihlah kerana kualitinya yang baik dan selesa untuk anda.

Sumber: Laurier / Sigma Test & Research Centre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×