Sihat

Tak Perlu Guna Pelincir, Ini Cara Natural Atasi Masalah Vagina Kering!

30
SHARES
makanan untuk vagina kering

Kebiasaannya kondisi vagina kering akan dirasai apabila seseorang wanita itu memasuki fasa menopaus. Namun, anda tidak perlu berasa bimbang kerana terdapat beberapa makanan untuk vagina kering yang boleh diambil.

Vagina kering terjadi seiring pertambahan usia yang disebabkan oleh kesan penurunan kadar estrogen, progesteron dan testosteron sepanjang alami menopaus. Justeru itu, bagi menambah pelincir natural pada vagina kering anda mari lihat senarai makanan di bawah!

Baca juga: Tak Sangka Vagina Pun Ada Banyak Jenis! Ini 9 Bentuk Miss V Anda, Cek Sini!

MAKANAN UNTUK VAGINA KERING

makanan untuk vagina kering

1. MAKANAN KAYA PROBIOTIK

Probiotik adalah mikroorganisma hidup (bakteria) yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan dan terbukti meningkatkan kesihatan vagina.

Pada vagina terdapat mikroorganisma bernama Lactobacillus probiotik yang berfungsi melindungi mikroorganisma lain yang dapat menyebabkan jangkitan vagina seperti bakteria vaginosis (BV), jangkitan seksual dan jangkitan kulat. Oleh itu, anda boleh mengambil beberapa makanan yang kaya probiotik seperti:

  • Yogurt
  • Kubis
  • Kimchi
  • Jeruk
  • Tempe (produk soya)
  • Kombucha

Selain dapat membantu menghasilkan bakteria baik, makanan probiotik juga mampu menghasilkan antibakteria yang membunuh atau menghentikan pertumbuhan bakteria lain.

2. KEKACANG

Kekacang juga mampu mengatasi masalah vagina kering. Kacang dipercayai kaya asid lemak penting dan nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh.

Asid lemak dalam kacang diperlukan untuk membantu penghasilan produksi pelinciran vagina. Beberapa jenis kacang disarankan untuk diambil dalam mengatasi vagina kering adalah:

  • Pistachio
  • Walnut
  • Almond
  • Kacang pea

3. BIJIRIN PENUH

Makanan yang selanjutnya adalah bijirin penuh. Biji-bijian dianggap sebagai makanan yang memiliki indeks glisemik rendah. Makanan indeks glisemik rendah mengeluarkan glukosa secara perlahan, yang dapat membantu menjaga kestabilan gula darah.

Sehingga ia dapat membantu menjaga kesihatan vagina. Jenis biji-bijian seperti di bawah ini sangat disyorkan.

  • Oatmeal
  • Quinoa
  • Barley

4. MAKANAN BERSERAT TINGGI

makanan untuk vagina kering

Selain itu, makanan berserat tinggi juga boleh membantu mengatasi masalah vagina kering. Makan makanan berserat tinggi dapat menyokong pertumbuhan bakteria Lactobacillus di vagina, yang membuatkan bakteria berbahaya tetap terkawal.

Makanan serat tinggi yang boleh diambil adalah:

  • Keledek yang dimasak
  • Berry
  • Roti gandum
  • Nasi merah
  • Quinoa

5. MAKANAN DENGAN VITAMIN D

Mengutip dari Journal of Menopausal Medicine, vitamin D dapat mengurangi kekeringan vagina, mengimbangkan tahap pH di vagina. Selain itu, vitamin D juga dipercayai mampu meningkatkan pertumbuhan dan kepelbagaian sel di lapisan dalam vagina pada wanita menopaus.

Beberapa jenis makanan dengan vitamin D yang disarankan adalah:

  • Salmon yang dimasak
  • Ikan trout
  • Sardin
  • Telur
  • Susu yang diperkaya dengan vitamin D
  • Keju cheddar

Namun, perlu diperhatikan terlalu banyak vitamin D dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan menyebabkan hiperkalsemia atau kalsium darah tinggi. Jadi, lebih baik dapatkan konsultasi dengan pakar perubatan terlebih dahulu.

6. EPAL

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa epal dapat menyokong fungsi seksual yang sihat. Bahkan terdapat kajian yang menyatakan bahawa satu epal sehari dapat meningkatan pelinciran vagina dan mengalami kepuasan seksual yang lebih tinggi.

Anda boleh mengambil epal sebagai makanan untuk vagina kering dengan pelbagai cara, seperti:

  • Tambahkan epal ke oatmeal, yogurt, smoothie atau salad.
  • Celupkan hirisan epal ke dalam mentega kacang.
  • Panggang epal untuk pencuci mulut rendah gula.

Maka, itu sahaja beberapa perkongsian mengenai makanan untuk vagina kering yang boleh anda ambil. Namun, jika anda berasa khuatir dengan keadaan vagina ada baiknya segera berkonsultasi dengan doktor.

Sumber: Orami

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×