Bentuk-bentuk vagina dicipta untuk membantu wanita memiliki dan menikmati seks, mengalami haid dan memiliki bayi. Maka, tidak hairan terdapat wanita yang khuatir akan ukuran labia atau digelar sebagai bibir, miliknya.
Namun, ternyata, hal tersebut bukanlah sesuatu yang perlu dikhuatirkan secara keterlaluan. Hal ini kerana, labia memiliki bentuk dan ukuran yang pelbagai sehingga mungkin memiliki perbezaan bentuk antara satu sama lain.
Baca juga: Tak Sangka Puting Buah Dada Wanita Pun Boleh Ada Bulu, Tapi Normal Ke?
BENTUK-BENTUK VAGINA
Labia terbahagi kepada dua bahagian iaitu labia luar dan labia dalam. Berikut merupakan kepelbagaian bentuk vagina yang memiliki labia yang berbeza-beza.
1. VAGINA DENGAN LABIA DALAM TIDAK SIMETRI
Sekiranya vagina dengan labia dalam lebih panjang, lebih tebal atau lebih besar, ia dianggap sebagai tidak simetri. Bentuk labia yang seperti ini sangat normal dan ramai wanita memilikinya.
2. VAGINA DENGAN LABIA LUAR MELENGKUNG
Bentuk vagina yang seterusnya adalah labia luar yang melengkung. Ia digambarkan seperti ladam kuda yang terbalik, iaitu lengkungan bulat yang bertemu secara sejajar di hujungnya.
Pada bentuk ini, labia luar biasanya ia berbentuk terbuka yang menyebabkan labia dalam kelihatan berselindung di bawah labia luar.
3. VAGINA DENGAN LABIA DALAM MENONJOL
Labia dalam yang menonjol biasanya berukuran lebih panjang dan menonjol keluar dari labia luar. Jenis labia dalam yang menonjol ini boleh menyebabkan bentuk vagina lebih jelas atau mengintip keluar.
4. VAGINA DENGAN LABIA LUAR MENONJOL
Labia luar yang menonjol biasanya kelihatan lebih menjulur ke bawah. Kulit bentuk vagina ini mungkin tebal dan bengkak atau tipis dan agak longgar.
5. VAGINA DENGAN LABIA DALAM PANJANG & BERJUNTAI
Bentuk vagina ini seakan dengan labia dalam yang menonjol. Perbezaannya, bentuk yang satu ini berjuntai hingga satu inci atau lebih, bahkan sampai melebihi labia luar.
Apabila wanita memiliki bentuk ini, maka anda akan menyedari bentuk labia seperti ini sampai terkulai di luar pakaian dalam. Selain itu, anda juga akan menyedari mempunyai kulit yang memanjang atau lipatan tambahan pada labia.
6. VAGINA DENGAN LABIA LUAR PANJANG & BERJUNTAI
Bentuk vagina ini pula seakan dengan labia luar yang menonjol. Bentuk ini mempunyai kulit nipis dan longgar.
Ia juga sama seperti labia dalam yang berjuntai, lipatan labiar luar ini juga boleh terkulai keluar pada pakaian dalam. Hal ini membuatkan labia dalam sedikit lebih terbuka.
7. LABIA KECIL DAN TERBUKA
Bentuk ini mempunyai labia luar yang rata dan bergantung pada tulang kemaluan. Pada bentuk ini, anda dapat melihat sedikit labia dalam.
8. LABIA KECIL DAN TERTUTUP
Bentuk vagina sebelum melakukan seks dengan mempunyai labia dalam yang tertutup sepenuhnya. Ini merupakan jenis vagina yang paling banyak dimiliki wanita.
9. TERLIHAT LIBIA DALAMNYA
Vagini ini bentuknya memiliki labia luar dan labia dalam yang berukuran sama.
Labia dalam tidak terlihat kerana bergantung di luar lipatan luar. Namun, labia ini akan terlihat ketika anda duduk atau menarik kedua sisi labia luar.
Sumber: Orami