Buat pengetahuan pembaca, bentuk faraj adalah berbeza dan unik pada setiap wanita, sama ada dari sudut warna, ukuran mahupun bau. Seperti di bawah ini, terdapat 9 bentuk faraj wanita yang boleh dikenalpasti.
Mengenai bentuk faraj, ia merujuk kepada bahagian bibirnya yang juga dinamakan labia. Di mana, bibir faraj terbahagi kepada dua iaitu bibir luar (labia majora) dan bibir dalam (labia minora). Oleh itu, mari lihat jenis-jenis bentuk faraj wanita yang dirujuk dari portal Orami.
Baca juga: Tinggi Badan Lelaki Dipercayai Pengaruh Saiz Zakar Kesukaan Wanita, Abang Berapa Sentimeter?
BENTUK FARAJ WANITA
1. Bibir dalam tidak simetri
Jika bibir bahagian dalam lebih panjang, lebih tebal atau lebih besar, ia dianggap tidak simetri. Bentuk Miss V dengan bibir seperti ini sangat biasa ada pada wanita.
2. Bibir luar tebal
Bentuk bibir luar faraj kelihatan tebal atau tembam dan sejajar antara satu sama lain. Ia biasanya digambarkan sebagai ladam kuda yang terbalik, iaitu lengkungan bulat yang bertemu secara merata di hujungnya. Miss V bentuk ini biasanya memperlihatkan bahagian bibir dalam.
3. Bibir dalam yang menonjol
Bibir dalam yang biasanya lebih panjang dan menonjol keluar dari bibir luar.
4. Bibir luar yang menonjol
Bibir luar ini menonjol dan kelihatan lebih runcing ke bawah. Dalam bentuk Miss V ini, kulitnya mungkin tebal dan montok atau nipis dan agak longgar sehingga bibir dalam tidak kelihatan.
5. Bibir dalam panjang dan menggantung
Bentuk bibir dalam ini boleh memanjang hingga satu inci atau lebih, bahkan melebihi bibir luar. Selain itu, anda akan perasan terdapat lipatan lain yang terlihat akibat keadaan ini.
Baca juga: #ProjekMimpi: 5 Cara Nak Cepat Dapat Anak, Sampai Tempoh Subur Terus Ajak Isteri Buat!
6. Bibir luar panjang dan tergantung
Bentuk Miss V ini menyerupai bibir luar menonjol tetapi dicirikan kulit yang nipis dan longgar. Di mana, ia mempunyai bahagian tepi lebih besar dan bahagian luar tergantung yang sering terkeluar dari tepi seluar dalam.
7. Bibir terbuka
Bentuk ini dicirikan oleh bibir luar yang rata dan sedikit jarak sehingga memperlihatkan bibir dalam dari luar.
8. Bibir kecil dan tertutup
Bibir luar faraj ini agak rapat dan ditandai dengan bibir dalam yang tertutup sepenuhnya.
9. Terlihat bibir dalam dari luar
Bentuk Miss V ini ditandai dengan bibir luar dan bibir dalam yang sama saiznya. Bibir dalam tidak kelihatan kerana tertutup dengan lipatan luar. Namun, bibir dalam akan kelihatan apabila anda duduk atau menarik kedua-dua belah bibir luar.
Kesimpulan
Tiada istilah bentuk faraj atau Miss V normal atau tidak. Hal ini kerana, semua bentuk adalah normal kecuali jika anda rasa sakit sehingga mendatangkan ketidakselesaan dan kemudaratan pada bahagian faraj, anda perlu segera ke klinik.
Baca juga: 5 Sebab ‘Morning Wood’ Berlaku, Isteri Jangan Pelik Bila Zakar Suami Naik Waktu Pagi!
Sumber: Orami
FT Image: Adene Sanchez