Sihat

Sapu Baby Oil Sebagai ‘Pelincir’ Suami Isteri, Hati-Hati Dengan 5 Risiko Ini!

10
SHARES
minyak bayi

Seperti namanya, minyak bayi (baby oil) biasanya digunakan untuk melembapkan kulit bayi dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Namun, rasanya tidak sesuai menggunakan ia sebagai pelincir ketika melakukan hubungan seks kerana ia adalah cecair berasaskan minyak.

Menurut Sehat Q, sebaik-baiknya pasangan menggunakan pelincir berasaskan air untuk hubungan seksual. Minyak bayi memang selamat untuk digunakan pada kulit dan juga berkesan untuk mengatasi masalah seperti ruam pada bayi. Walau bagaimanapun, ia tidak bermakna minyak ini selamat digunakan pada faraj (vagina) atau dubur.

Baca juga: Papa & Mama Cuba 3 Posisi Seks Ini Untuk Dapatkan Bayi ‘Puteri’, Bukan Semua Posisi Sesuai!

MINYAK BAYI

minyak bayi

Gambar: MomLovesBest

Minyak bayi ialah minyak mineral dengan bahan petroleum. Apabila memilih minyak pelincir untuk berasmara, sebaiknya tidak menggunakan minyak bayi kerana beberapa pertimbangan seperti:

1. Risiko jangkitan

Pelincir (lubricant) berasaskan petroleum boleh meningkatkan risiko jangkitan faraj. Menurut kajian, wanita yang sering menggunakan minyak bayi sebagai pelincir semasa hubungan seks, mempunyai risiko dua kali lebih tinggi untuk mengalami vaginosis bakteria berbanding mereka yang tidak menggunakan minyak bayi

Selain itu, menggunakan minyak bayi pada faraj juga boleh meningkatkan risiko jangkitan kulat. Sama seperti sabun pembersih kewanitaan yang mengganggu pH semula jadi di sekitar vulva dan faraj, minyak bayi juga boleh menyebabkan jangkitan kulat.

2. Kondom boleh rosak

Bagi mereka yang melakukan hubungan seks menggunakan alat kontraseptif seperti kondom, menggunakan minyak bayi sebagai pelincir boleh merosakkan kondom lateks dengan cepat. Malah, kajian menunjukkan bahawa kondom boleh rosak dalam beberapa minit selepas terkena minyak bayi atau minyak lain.

Jika kondom rosak atau robek, ia bermakna perlindungan seksual yang diberikan tidak mencukupi. Ini boleh menyebabkan jangkitan jangkitan seksual atau kehamilan bagi mereka yang tidak mahu mempunyai anak.

Baca juga: #ProjekMimpi: 5 Cara Nak Cepat Dapat Anak, Sampai Tempoh Subur Terus Ajak Isteri Buat!

3. Sukar dibilas

minyak bayi

Gambar: freepik

Memandangkan minyak bayi adalah berasaskan minyak dan bukan air, ia akan menjadi sukar untuk membilasnya dari kulit. Ini bermakna minyak bayi akan kekal melekat pada kulit sehingga ia dikeluarkan melalui pembersihan.

Malah, mencuci minyak bayi dengan air dan sabun sahaja tidak akan mencukupi apabila digunakan. Lebih-lebih lagi, ia perlu dibersihkan dengan menggosok yang boleh menyebabkan kerengsaan.

4. Meninggalkan kesan pada fabrik katil dan pakaian

Seperti minyak lain, minyak bayi boleh meninggalkan kesan pada cadar dan pakaian atau apa-apa jenis fabrik. Apabila terkena, sukar untuk menghilangkannya. Bukan sahaja ia sukar untuk membersihkan diri, anda juga menambah pekerjaan baru membersihkan pakaian.

5. Merosakkan alat mainan seks (sex toys)

Bukan hanya kondom, menggunakan minyak bayi untuk pelincir juga boleh merosakkan alat mainan seks yang digunakan. Terutamanya, mainan seks diperbuat daripada silikon, getah, lateks atau plastik.

Pendedahan kepada bahan petroleum dalam minyak bayi akan merosakkan bahan tersebut dan dikhuatiri zarah-zarah kecil itu berbahaya.

Baca juga: 5 Sebab ‘Morning Wood’ Berlaku, Isteri Jangan Pelik Bila Zakar Suami Naik Waktu Pagi!

JENIS PELINCIR BOLEH & TAK BOLEH

minyak bayi

Gambar: jcomp

Sebaiknya pertimbangkan jenis-jenis pelincir ini ketika melakukan hubungan seks:

1. Pelincir berasaskan air

  • Pelincir jenis ini selamat digunakan walaupun bersentuhan dengan kondom atau mainan seks. Biarpun pelincir air lebih cepat kering, tetapi ia boleh digunakan semula bila-bila masa.

2. Pelincir diperbuat daripada silikon

  • Teksturnya lebih licin dan tahan lebih lama daripada pelincir berasaskan air.

Bukan sahaja selamat, pelincir yang diperbuat daripada air atau silikon juga lebih mudah dibersihkan.Terdapat banyak pilihan minyak pelincir untuk seks yang boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.

Perihal lain pasangan perlu tahu, elak menggunakan minyak-minyak ini sebagai pelincir ketika melakukan hubungan suami isteri:

  • Jeli petroleum
  • Minyak zaitun
  • Losyen
  • Krim putar (whipped cream)
  • Minyak mineral (mineral oil)
  • Mentega (butter)
  • Rubbing alcohol
  • Minyak masak

Penulis dapat simpulkan, sekiranya pasangan suami isteri tidak menggunakan pelincir juga tidak menjadi masalah. Malah ia bagus, kerana faraj dibasahkan secara semula jadi melalui cecair yang keluar apabila terangsang.

Itulah pentingnya foreplay dalam tempoh yang lama dan saling memanjakan pasangan seperti merangsang payudara, menyentuh kawasan sensitif atau bercakap tentang perkara yang berahi.

Baca juga: 7 Tips Hangatkan Hubungan Suami Isteri, Tak Perlu Belanja Mewah, Pasangan Tetap Jatuh Cinta!

Sumber: Sehat Q

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×