Suami Isteri

Papa & Mama Cuba 3 Posisi Seks Ini Untuk Dapatkan Bayi ‘Puteri’, Bukan Semua Posisi Sesuai!

66
SHARES
tips dapat anak perempuan

Anda yang membaca artikel ini, pastinya menginginkan zuriat perempuan atau ingin tahu tips dapat anak perempuan. Sebelum anda terlalu teruja, penulis perlu mengingatkan anda bahawa tiada kaedah luar makmal yang mampu menjamin jantina bayi dalam kandungan.

Namun, terdapat posisi seks tertentu yang boleh memberi peluang lebih besar untuk mengandungkan bayi perempuan, berdasarkan bagaimana sperma ‘lelaki’ atau ‘perempuan’ bertindak. Artikel ini adalah mengenai posisi seks terbaik untuk hamil seorang anak gadis. Jom baca!

Baca juga: #ProjekMimpi: 5 Cara Nak Cepat Dapat Anak, Sampai Tempoh Subur Terus Ajak Isteri Buat!

TIPS DAPAT ANAK PEREMPUAN

tips dapat anak perempuan

Gambar: freepic.diller

Lelaki adalah makhluk yang menentukan jantina bayi, berdasarkan sama ada spermanya membawa kromosom X (perempuan) atau Y (lelaki). Hal ini kerana, telur wanita membawa kromosom X sahaja.

  • Kromosom X isteri + kromosom X suami = janin bayi perempuan iaitu XX
  • Kromosom X isteri + kromosom Y suami = janin bayi lelaki iaitu XY

Sebelum mengetahui 3 posisi seks untuk menghamilkan bayi perempuan, ingatlah perkara ini:

  • Sperma ‘lelaki’ (kromosom Y) adalah perenang yang lebih pantas tetapi mempunyai hayat yang lebih pendek.
  • Sperma ‘wanita’ (kromosom X) adalah perenang yang lebih perlahan, tetapi boleh hidup lebih lama.

Jom lihat 3 posisi seks yang boleh pasangan suami isteri lakukan bersama untuk cuba mendapatkan bayi perempuan, seperti artikel yang dirujuk dari laman The Asian Parents Singapore.

3 GAYA POSISI SEKS HAMIL BAYI PEREMPUAN

Baca juga: 5 Sebab ‘Morning Wood’ Berlaku, Isteri Jangan Pelik Bila Zakar Suami Naik Waktu Pagi!

tips dapat anak perempuan

Gambar: senivpetro

1. Posisi gaya missionary

Walaupun posisi missionary ini biasa sahaja, tapi ramai pasangan suami isteri bersetuju dengan gaya seks ini untuk hamilkan anak perempuan. Teorinya adalah posisi missionary mengehadkan penembusan zakar dan dengan itu memberi kelebihan kepada sperma wanita.

Biarpun sperma wanita berenang lebih perlahan, namun mereka hidup lebih lama berbanding sperma lelaki. Posisi missionary akan menyebabkan sperma mengambil masa yang lebih lama untuk mensenyawakan telur.

Maka dengan itu, memberi kelebihan kepada sperma wanita yang bertahan lebih lama kerana sperma lelaki akan mati lebih awal.

2. Gaya spooning

Apabila melakukan posisi spooning, isteri perlu berbaring mengiring membelakangi suami. Suami pula akan melakukan penetrasi dari belakang.

Sama seperti posisi seks missionary, ia akan membantu mengehadkan penembusan kerana kaki isteri menghalang zakar suami daripada masuk lebih dalam. Posisi ini amat membantu kerana anda mahu sperma lelaki jauh dari pembukaan faraj dan membenarkan sperma perempuan pergi ke telur dulu.

3. Posisi seks wanita di atas (woman on top)

Posisi ini juga disyorkan untuk pasangan yang ingin hamil anak lelaki. Perkara utama kalau nak anak perempuan, isteri harus menjadi orang yang mengawal kedalaman penetrasi.

Penetrasi harus dihadkan dan penting untuk tidak membiarkan zakar suami masuk terlalu dalam. Jika tidak, peluang untuk mengandung anak lelaki adalah tinggi.

Baca juga: 7 Tips Hangatkan Hubungan Suami Isteri, Tak Perlu Belanja Mewah, Pasangan Tetap Jatuh Cinta!

Kesimpulan

Sebagai tips terakhir, wanita disyorkan untuk tidak mengalami orgasme semasa hubungan seks jika menginginkan bayi perempuan.

Apabila wanita orgasme, farajnya menjadi lebih beralkali yang memberi lebih banyak manfaat kepada sperma lelaki. Sperma wanita berkembang subur dalam persekitaran yang lebih berasid, jadi penting untuk pasangan di luar sana ingat tips ini.

Baca juga: 6 Kelebihan Bersenggama Ketika LAMPU MENYALA, Cepat Klimaks Lihat Lekuk Tubuh!

Sumber: The Asian Parents Singapore

FT Image: freepic.diller / prostooleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×