Suami Isteri

5 Waktu Ini DILARANG ‘Bersama’ Dengan Isteri, Terutamanya Bila Alami Keputihan!

23
SHARES
waktu seks yang dilarang

Bukan sahaja nikmat bersama pasangan, seks juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental. Walau bagaimanapun, hakikatnya seks tidak boleh dilakukan bila-bila masa selama anda dan suami mahukan kerana terdapat waktu seks yang dilarang.

Ya, sebenarnya ada masa-masa tertentu harus dihindari untuk melakukan hubungan seks yang sihat. Hal ini kerana, secara perubatan melakukan hubungan seks dalam keadaan tertentu mungkin berbahaya kepada kesihatan.

Baca juga: 5 Manfaat Memegang Payudara Yang Dirahsiakan Wanita, Terutama Bila Dibelai Dengan Urutan!

WAKTU SEKS YANG DILARANG

waktu seks yang dilarang

Gambar: jcomp

Menurut doktor pakar seperti yang dilaporkan oleh Web MD, berikut adalah 5 waktu yang harus wanita hindari daripada melakukan hubungan seks bersama suami.

1. Mempunyai jangkitan

Jika anda mengalami simptom jangkitan pelvis atau faraj seperti:

  • keputihan yang berbau busuk
  • kegatalan faraj yang teruk
  • rasa terbakar atau sakit pelvis

Maka, sebaiknya tidak melakukan hubungan seks sehingga anda diperiksa oleh doktor.

Berhubungan seks dengan jangkitan faraj bukan sahaja menyakitkan, tetapi juga boleh menyebabkan jangkitan merebak ke organ pelvis dan menjadi lebih teruk. Lebih-lebih lagi, jika ia adalah jangkitan berjangkit, maka pasangan anda juga akan terdedah.

2. Seks sebelum melakukan pap smear

Pap smear adalah salah satu ujian penting yang disyorkan untuk wanita bagi mengesan kanser serviks pada peringkat awal. Bagi memastikan keputusan pap smear adalah tepat, doktor biasanya akan meminta anda untuk tidak melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya sehari sebelum melakukan pemeriksaan tersebut.

Hal ini kerana, sperma yang terkumpul di dalam rahim atau doktor yang menemui air mani semasa pemeriksaan akan membuatkan keputusan ujian yang sepatutnya positif menjadi negatif.

Baca juga: 9 Punca Mama Belum Hamil Biarpun Kerap Bersama, ‘Timing’ Kena Betul Baru Ada Benih!

Baca juga: 7 Tanda Pasangan Belum ‘Ready’ Nak Kahwin, Bercinta Dah Lama Bila Nak Sandingnya?

3. Pendarahan semasa seks atau rasa sakit

waktu seks yang dilarang

Gambar: PopMama

Semasa ovulasi, sesetengah wanita akan mengalami pendarahan atau kesakitan. Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kesakitan atau pendarahan yang berterusan, anda harus mengelakkan hubungan seksual.

Sakit semasa persetubuhan atau pendarahan selepas itu boleh menjadi tanda kelainan pada serviks dan perlu diperiksa oleh doktor dengan segera.

4. Mengalami komplikasi kehamilan

Berhubungan seks semasa mengandung sebenarnya disyorkan oleh doktor, asalkan anda tidak tidak mengalami sebarang komplikasi sepanjang kehamilan.

Sekiranya, anda mengalami kesakitan atau pendarahan yang tidak dapat dijelaskan, maka anda harus menghentikan aktiviti seks dan segera berjumpa doktor.

Komplikasi kehamilan seperti plasenta previa dan kelahiran pramatang boleh menjadi lebih teruk akibat seks, jadi hubungan seksual juga harus dielakkan dalam situasi tersebut.

5. Selepas menjalani pembedahan

Kemajuan dalam teknologi pembedahan telah membolehkan pesakit pulih dengan lebih cepat dan berasa kembali normal lebih cepat berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, anda masih perlu memeriksa keadaan diri dengan doktor sebelum kembali melakukan hubungan seks.

Jika anda mengalami kesakitan, pendarahan, baru bersalin atau menjalani pembedahan, sebaiknya tangguhkan aktiviti seksual anda buat masa ini, okay?

Baca juga: Mulianya Wanita Berpendidikan, Belajar Tinggi Tapi Rendah Diri Masuk Dapur Demi Keluarga!

Sumber: PopMama

FT Image: victoriamilan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×