Dapur

Doktor Kongsi Resipi Anti Anemia, Makan Kerabu Sayur Ini Yang Kaya Zat Besi!

57
SHARES
makanan anti anemia

Anemia merupakan keadaan seseorang yang mempunyai kurang darah merah di dalam badan. Kalau anda nak tahu terdapat makanan anti anemia yang boleh dicuba untuk diamalkan sebagaimana perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar.

Tak lain dan tak bukan ia adalah resepi kerabu bayam Brazil. Di mana, sayur ini memiliki banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Jom usaha dengan cara ini pula, semoga diberikan kesembuhan.

Baca juga: Bukan Snek Biasa-Biasa! Rupanya Boleh Kurangkan Rasa Lapar Lepas Makan & Bersifat Antikanser

MAKANAN ANTI ANEMIA!

makanan anti anemia

RESEPI ANTI ANEMIA

Anemia ialah keadaan badan kurang darah merah. Menyebabkan:

  • badan cepat letih
  • jantung kerap berdebar
  • pening kepala
  • tekanan darah rendah

Cara atasinya? Elak minum kopi. Selain tinggi kafein, polifenol kopi ganggu 90% penyerapan iron dalam tubuh. Ganti dengan makanan tinggi iron dan vitamin C.

Ini resepi sihat, sedap dan senang guna bayam Brazil. Salah satu makanan favourite saya ni. Bayam Brazil tak berlendir. Rangup dimakan sebagai ulam. Makanlah bayam Brazil kalau mahu:

  • Elak premature aging.
  • Nak awet muda.
  • Mengelakkan sembelit.
  • Kaya folic acid dan iron untuk ibu hamil.

Kalau tiada, gantikan saja dengan mana mana ulam pilihan hati.

RESEPI KERABU BAYAM BRAZIL MAKANAN ANTI ANEMIA

BAHAN-BAHAN:

  • Segenggam bayam Brazil (celur sekejap)
  • 1 mangkuk lala/kupang (rebus dengan serai)
  • 1/2 kuntum bunga kantan (hiris halus)
  • 1/2 mangga epal (hiris halus)
  • 2 tangkai cili besar merah (potong halus)
  • 1/2 biji bawang besar (hiris halus)
  • Sedikit perahan jus limau nipis
  • Sedikit garam & gula kelapa
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas jadi kerabu.
  2. Boleh ganti garam dan gula kelapa dengan serbuk ‘Ni Lagi Sedap’.

Mudah bukan? Cubalah.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×