Asuh

Ini 8 Senarai Makanan Tinggi Iron, Paling Penting Untuk Anak Ada Anemia

22
SHARES

Dalam pembentukan sel darah merah, zat besi merupakan elemen penting yang sangat diperlukan. Melalui portal My HEALTH, kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Kesannya, badan akan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan. Justeru itu, bagi memperolehi sumber yang tinggi zat besi ikuti perkongsian senarai 8 makanan di bawah yang dikongsikan oleh Puan Mazliana Mazlan.

Baca juga: Jangan ‘Swing’ Tangan Anak Seperti Ini, Risiko Anak Cedera Dapat ‘Nursemaid Elbow’

PENTINGNYA ZAT BESI, TERUTAMA INDIVIDU ADA ANEMIA

Anak akan susah nak fokus bila kandungan iron rendah. Ibu mengandung pula, akan cepat letih dah mudah rasa lemah. Iron sangat penting untuk anak dan ibu mengandung.

Perhatikan apa yang anak kita makan tau. Kebanyakan sumber iron ini, datang dari makanan yang anak selalu makan je sebenarnya. Real food yang kita tengok hari-hari.

Semua makanan ini, antara sumber iron yang perlu untuk anak dan ibu mengandung.

Kurangkan susu, roti dan biskut dari anak-anak yang ada masalah dengan anemia. Mungkin itu punca anak taknak real food hingga rendahkan kandungan Hb.

Ibu mengandung, ada yang tak lalu makan bila mengandung kan. Sebaiknya, cuba elakkan processed food seboleh mungkin tau. Ini mungkin penyebab ibu tak dapat iron yang cukup untuk tempoh mengandung. Hb pun asyik low je.

Real food ni, setiap satunya mesti ada kebaikan untuk tubuh badan kita kan. Rugi sangat kalau kita sia-siakan tau.

Kita cuba sama-sama ya.

8 JENIS MAKANAN TINGGI IRON UNTUK ANAK

1. DAGING

2. AYAM

3. IKAN

4. TELUR

5. TOFU

6. BAYAM

7. BROKOLI

8. KEKACANG DAN BIJIRIN

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×