Asuh

Jangan ‘Swing’ Tangan Anak Seperti Ini, Risiko Anak Cedera Dapat ‘Nursemaid Elbow’

32
SHARES

Biasa juga kita melihat ibu bapa yang gemar menghayun atau ‘swing’ tangan anak ketika main bersama. Melalui perkongsian ilmu perubatan dari Doktor Samhan di laman Twitternya, perbuatan ini boleh menyebabkan anak tercedera di otot ligamen atau tulang pada siku yang boleh berlaku apabila tangan anak tertarik dengan kuat.

Ia dinamakan sebagai Nursemaid Elbow atau bahasa ringkasnya ‘lengan tertarik’ atau ‘pulled elbow’. Mari ikuti pencerahan beliau di bawah.

Baca juga: Ini 9 Senarai Makanan Untuk Bantu Anak Capai Ketinggian Optimum

JANGAN ‘SWING’ TANGAN ANAK SEPERTI INI!

“Doktor,tangan anak saya tak boleh bengkok. Dia mengadu sakit.”

“Apa yang dah jadi?”

“Masa main tadi, saya cuma pegang tangan dia dan hayun sambil berpusing.”

Ini Nursemaid Elbow!

APAKAH NURSEMAID ELBOW?

‘Nursemaid elbow’ atau dipanggil radial head subluxation adalah sejenis kecederaan otot ligamen atau tulang pada siku yang boleh berlaku apabila tangan anak tertarik dengan kuat.

Ia digelar nursemaid elbow kerana dipercayai ada suatu masa dahulu nursemaid (nanny) dikatakan sering menyebabkan kecederaan ini ketika menjaga kanak-kanak.

Dalam bahasa ringkasnya, ia juga digelar ‘lengan tertarik’ atau ‘pulled elbow’.

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU?

Tulang dan ligamen kanak-kanak masih lembut dan dalam proses perkembangan. Kecederaan ini boleh berlaku apabila berlakunya tarikan yang kuat pada siku.

Kanak-kanak berusia 1-4 tahun adalah yang paling kerap mendapat kecederaan ini.Pada usia 5 tahun, selalunya ligamen pada siku kanak-kanak akan menjadi lebih kuat dan mereka kurang berisiko mendapat nursemaid elbow ini.

SIMPTOM

Dari segi luaran, ia mungkin sukar dilihat kerana kecederaan ini biasanya tidak menyebabkan bengkak atau kelainan (disfigurement) pada sendi.

Simptom yang paling biasa berlaku apabila kanak-kanak mengalami lengan tertarik ini adalah rasa sakit. Mereka juga sukar menggerakkan lengan dan tangan kerana akan menyebabkan rasa lebih sakit.

CARA MENGELAKKANNYA

Antara perbuatan yang perlu dielakkan oleh ibu ayah adalah:

  • Menghayun tangan anak ketika bermain.
  • Mengangkat anak dari tempat duduk/baring dengan menarik lengan/tangannya.
  • Menarik tangan anak dengan kuat ketika berjalan dengannya.

Seeloknya, angkat / dukung anak dengan selamat dengan memegang bahagian badan atau bawah ketiaknya.

DIAGNOSIS DAN RAWATAN

Sekiranya anak anda mengadu sakit pada lengan atau siku atau menggerakkannya dalam keadaan yang luarbiasa, bawalah anak berjumpa doktor. Pemeriksaan x-ray biasanya tidak diperlukan, tapi boleh dilakukan untuk mengesan masalah yang lebih serius seperti retak atau patah.

Doktor akan merawatnya melalui proses reduction, di mana tulang dan ligamen akan digerakkan dengan lembut kembali ke tempatnya.  Proses ini biasanya akan mengambil beberapa saat saja. Dalam tempoh 5-10 minit, anak dah boleh gerakkan tangan macam biasa.

Tapi ada juga kes-kes tertentu yang memerlukan lebih masa dan rawatan untuk sembuh.

Dr Ahmad Samhan, sentiasa berwaspada.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×