Kehilangan, boleh terjadi dalam pelbagai konteks kehidupan. Sama ada terhenti nafasnya orang tersayang, mahupun terlerainya ikatan perkahwinan, atau apa-apa sahaja. Jelas, kehilangan orang tersayang bukanlah satu fasa yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi melibatkan darah daging sendiri.
Pastinya, persamaan yang terjadi dalam setiap kehilangan itu adalah anda semua bakal melalui fasa penyembuhan. Perbezaannya adalah sejauh mana masa yang diambil untuk sampai ke fasa tersebut.
Baca juga: Tenaga Batin Lelaki Lemah Angkara 5 Makanan Ini, Terkejut Yang No.1 Tu!
KEHILANGAN ORANG TERSAYANG
Melalui perkongsian Public Health Malaysia (PHM), terdapat 5 fasa bakal dilalui anda semua sewaktu menuju ke fasa penyembuhan. Fasa-fasa tersebut adalah tidak percaya, marah, tawar-menawar, kesedihan dan penerimaan.
Lima fasa ini merupakan proses normal dan sebahagian daripada perjalanan penyembuhan. Tenang…ambillah masa, peluk dan terima setiap fasa itu, semoga pengakhirannya anda tiba ke destinasi yang dituju.
Pulih dari Kehilangan: Ambil Masa, Terima Setiap Fasa
Kehilangan seperti putus cinta, kematian dan sebagainya adalah pengalaman yang sukar, dan proses untuk pulih tidaklah mudah.
Setiap orang melalui perjalanan ini dengan cara yang berbeza, dan salah satu cara untuk memahami perasaan kita adalah melalui Stages of Grief iaitu lima fasa yang kita lalui dalam proses penyembuhan.
Baca juga: Petua Lenyapkan Kayap, Guna Getah Tandan Pisang Jenis Ini Yang Masih Tergantung!
Baca juga: Betul Ke Payudara Kecil Sebab Genetik? Bab INI Orang Perempuan Paling Sensitif!
5 FASA DILALUI DALAM PROSES PENYEMBUHAN
1. Tidak percaya (Denial)
Pada awalnya, sukar untuk menerima kenyataan. Kita mungkin merasa keliru, seolah-olah ini semua hanyalah mimpi buruk.
Ini adalah reaksi semula jadi apabila kita tidak bersedia untuk menghadapi realiti kehilangan.
2. Marah (Anger)
Apabila kenyataan mulai menjelma, kita mungkin akan rasa marah seperti marah pada keadaan, pada orang lain, atau bahkan pada diri sendiri.
Kemarahan ini boleh datang dengan rasa bingung dan tidak faham mengapa ini berlaku. Ini adalah cara tubuh kita melepaskan tekanan emosi.
3. Tawar-Menawar (Bargaining)
Pada tahap ini, kita mula mencari jalan untuk “membetulkan” keadaan.
Mungkin kita mula memikirkan “kalau” dan “andai kata” seperti berharap sesuatu boleh diubah supaya kehilangan ini tidak berlaku.
4. Kesedihan (Depression)
Fasa ini mungkin yang paling berat, di mana rasa kehilangan mula benar-benar dirasai. Kesedihan mendalam mungkin muncul, membuatkan kita rasa lemah dan hilang harapan.
Ini adalah momen di mana kita harus memberi diri ruang untuk merasai dan menerima kesedihan.
5. Penerimaan (Acceptance)
Akhirnya, walaupun perasaan sedih itu mungkin tidak pernah hilang sepenuhnya, kita mula menerima kenyataan.
Ini bukan bermakna kita “ok” dengan kehilangan, tetapi kita mula belajar untuk hidup dengannya. Kita mula mencari jalan untuk meneruskan hidup dengan kenangan yang indah.
Baca juga: Betul Ke Paracetamol Ada Dalam Badan Sampai 5 Tahun? Dr. Ini Bongkar Jawapannya!
“Jangan paksa diri untuk cepat sembuh…”
Setiap fasa ini adalah sebahagian daripada perjalanan penyembuhan. Jangan paksa diri untuk cepat sembuh kerana proses ini memerlukan masa dan itu adalah normal.
Teruskan melangkah perlahan-lahan dan ingatlah, dalam setiap langkah kecil itu, anda sedang menuju ke arah penyembuhan yang lebih baik.
Baca juga: AWAS! Ada Bahaya Tersembunyi Kalau ‘Bersama’ Pakai Air Liur, Risiko No.1 Paling Menakutkan!
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: Public Health Malaysia