Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima peruntukan di bawah Dasar Bajet 2025 untuk memberikan Subsidi Yuran Pembelajaran Kanak-Kanak Autisme kepada 30,000 kanak-kanak. Pemberian subsidi yuran ini bagi mengurangkan beban ibu bapa kepada kanak kanak autisme yang bakal atau sedang mengikuti pembelajaran di Pusat Pembelajaran Autisme/Terapi bertauliah.
Permohonan subsidi yuran ini telah dibuka bermula 1 Februari sehingga 28 Februari 2025 dan berikut merupakan syarat serta cara untuk memohon.
Baca juga: 15 Senarai Tadika/Pusat Terapi Seluruh Malaysia Untuk Anak Autisme & Keperluan Khas
PERMOHONAN SUBSIDI YURAN KANAK KANAK AUTISME 2025 TELAH DIBUKA!

Foto: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Untuk pengetahuan anda, jumlah bantuan yuran pembelajaran ini akan diberikan secara one-off iaitu sebanyak RM500 dan TIADA HAD untuk bilangan kanak-kanak autisme dalam satu keluarga untuk memohon. Syarat permohonan adalah seperti:
1.IBU BAPA / PENJAGA
-Warganegara Malaysia
-Pendapatan perkapita tidak melebihi RM2000 isi rumah*** (rujuk contoh pengiraan pendapatan perkapita di bawah)
-Kanak-kanak autisme pemegang kad OKU JKM yang berusia di bawah 18 tahun
–Kanak-kanak autisme mengikuti terapi / Early Intervention Program di Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Austisme yang bertauliah
2.PUSAT PEMBELAJARAN KANAK-KANAK AUTISME
-Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
Melaksanakan program pengesanan awal OKU Autisme dan mempunyai elemen terapi pembelajaran / percakapan / kerja / keperluan autisme
*** Contoh Pengiraan Pendapatan Perkapita
-Contoh : Pendapatan Isi Rumah RM8500, ahli keluarga 5 orang.
-Cara kiraannya adalah RM8500 ÷ 5 orang = RM1,700
-LAYAK menerima subsidi
Borang Permohonan dan Garis Panduan boleh didapati melalui laman portal www.jkm.gov.my atau Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri / Daerah / Bahagian / Jajahan yang berhampiran.
CARA BUAT PERMOHONAN
1.Ibu bapa isi borang permohonan.
2.Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme yang menjalankan Terapi / Early Intervention Program (EIP) yang bertauliah
Pusat Pembelajaran Kanak-kanak Autisme isi borang, mengumpul borang permohonan ibu bapa dan hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Bahagian / Jajahan / Cawangan berhampiran.
3.Menunggu proses kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Foto: Freepik
Jika ada pertanyaan lanjut, sila hubungi :
Telefon : 03- 8323 2484 / 03-8323 2476 (waktu pejabat)
Emel : [email protected]
Facebook: Jabatan Kebajikan Masyarakat
Baca juga: Memang Susah Nak ‘Detect’ Autisme Dekat Anak Perempuan, Perhatikan 5 Tanda Ini..