Mempunyai anak-anak autism merupakan anugerah yang dikurniakan buat ibu bapa. Bukan sahaja dapat menjadikan ibu bapa lebih sabar dan cekal mengharungi hari seharian, malah anak-anak autism ini bijak dalam cara mereka tersendiri. Ramai yang celik minda mengenai gangguan autism ini apabila viral dengan drama Korea bertajuk Attorney Woo yang memaparkan kisah seorang peguam yang mempunyai ciri-ciri autism.
Oleh itu, penting untuk mak ayah mengenali ciri-ciri anak autism ini kerana mereka mempunyai kelebihan yang luar biasa! Berikut merupakan penjelasan dari pakar mengenai autism yang anda perlu tahu.
Baca juga: Si Ayah Kongsi 5 Filem Yang Sesuai Ditonton Oleh Mak Ayah Yang Ada Anak Autisme
KENALI CIRI-CIRI AUTISM DIHIDAPI ANAK
“Anak puan ada ciri-ciri autisme”…“Eh,mana ada. Anak saya normal”
Bukan senang untuk terima hakikat anak sendiri yang di kandung 9 bulan didiagnos sebagai anak istimewa. Attorney Woo Young Woo juga merupakan salah satu contoh penghidap autisme.
Tahukah kalian, kebanyakan kanak-kanak yang menghidap autisme sebenarnya lambat didiagnos? Walaupun begitu, sebenarnya ada beberapa ciri ciri autisme yang boleh ibu bapa tengok pada anak-anak. Statistik baru-baru ini mendedahkan 1 daripada 68 kanak-kanak telah didiagnos dengan gangguan autisme dan ia hanya dikesan pakar apabila mereka sudah berusia 2 tahun!
Sedangkan, tanda autisme sudah boleh dilihat dari awal sejak bayi berusia 6 bulan lagi. Apa itu autisme?
Autisme adalah masalah perkembangan kompleks. Ia melibatkan interaksi sosial seorang kanak-kanak terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
47,000 KANAK-KANAK MALAYSIA HIDAP AUTISM
Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, atau lebih dikenali sebagai kanak-kanak autistik, namun gagal didiagnos dengan cepat kerana ibu bapa tidak tahu ciri-ciri autisme.
Malah, masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang apa itu autisme dan apakah punca-puncanya.
Pastikan anda sentiasa memerhati & memeriksa perkembangan anak.Kalau ada apa-apa yg merisaukan,sila dapatkan pandangan pakar.Jangan ambil sikap utk menunggu. Selain dari mak ayah perlu menerima kenyataan anak mereka didiagnos autisme, bagaimana penerimaan keluarga dan masyarakat itu lebih penting.
Semua mak ayah dambakan anak yang sempurna. Kalian tidak akan dapat merasai penderitaan dan pengorbanan mak ayah yang ada anak istimewa. Anak istimewa ini ada hak diatas muka bumi ini. Tak pernah dipinta dilahirkan sebegitu. Terima mereka dan jangan sisihkan mereka. Siapa tahu mereka menjadi individu yang mengubah dunia.
Dah ramai mereka yang menghidap autisme telah mengubah dunia seperti Albert Einstein yang mempunyai IQ diatas 160, Isaac Newton yang menemui teori graviti dan Bill Gates adalah salah seorang paling kaya di dunia.
#Share info ini sebab masih ramai yang susah untuk terima kenyataan anak mereka autisme dan ada segelintir masyarakat yang pandang serong pada anak istimewa ini.
Sumber: Dr.Samhan