Asuh

Penyebab Leher Bayi Selalu Merah Dan Gatal, Patutlah Guna Losyen Pun Tak ‘Jalan’…

8
SHARES

Salah satu perkara yang merisaukan para ibu yang masih mempunyai bayi adalah masalah kulit. Kulit bayi yang masih halus dan lembut ini cenderung untuk mengalami kemerah-merahan serta ruam khususnya pada kawasan leher. Kasihan tengok kerana sudah semestinya akan gatal!

Walaupun telah menggunakan losyen atau bedak untuk mengurangkan masalah kulit ini, pasti akan berlaku semula selepas beberapa minggu. Kenapa ya? Mungkin berikut merupakan jawapan kepada persoalan anda tentang masalah kulit yang sering berlaku kepada bayi.

Baca juga: Nak Anak Jatuh Cinta & Pandai Matematik, Bagi Tonton Rancangan Ini Setiap Hari!

KENAPA BAYI SELALU ALAMI MASALAH KULIT SAMPAI LEHER MERAH?

masalah kulit

Salah satu gejala utama leher bayi berwarna merah adalah munculnya bintik-bintik merah di lipatan leher. Gejala lain termasuk gatal-gatal, sakit, dan kehilangan selera makan pada bayi. Namun, perhatikan juga beberapa gejala lain boleh berlaku termasuk:

-Kemerahan di kawasan lipatan
-Terasa lembap
-Tompok merah dengan tekstur kulit bersisik atau kasar
-Kulit kemerahan dan mengelupas
-Kemerahan dengan benjolan kecil
-Perubahan warna kulit
-Kemerahan disertai dengan bengkak
-Tersebar ke kawasan lain

Kenapa ini berlaku?

1.Lebihan susu menitik ke leher

Apabila bayi menyusu sama ada dari botol atau dari payudara, susu kadang-kadang menitis keluar dari mulut bukan? Susu yang menitis inilah akan meleleh ke leher bayi, yang jika tidak dibersihkan akan menyebabkan keadaan lembap di mana bakteria boleh merebak. Faktor geseran kulit leher adalah satu lagi punca perkembangan ruam pada leher.

2.Air liur

American Academy of Pediatrics (AAP) menjelaskan bahawa peningkatan air liur semasa proses penumbuhan gigi boleh membantu melindungi dan melegakan gusi halus bayi anda. Air liur adalah tanda biasa perkembangan pada bayi dan pengeluaran air liur pada bayi menjadi lebih banyak pada usia tiga hingga enam bulan.

Air liur ini sering bergerak atau meleleh dari mulut ke lipatan kulit di kawasan leher. Jika tidak dibersihkan dengan segera, lembapan dalam lipatan kulit boleh menyebabkan ruam kulit akibat geseran dan serangan mikrob.

3.Alergik kulit

Bayi mungkin mempunyai reaksi alahan terhadap produk penjagaan kulit, seperti sabun, losyen, atau tisu basah, boleh menjadi salah satu punca leher bayi menjadi merah dan sakit.

Produk yang mengandungi bahan kimia atau pewangi tertentu mungkin tidak sesuai untuk kulit bayi yang sensitif. Jadi, apabila produk terkena kulit bayi, ia boleh mencetuskan tindak balas alahan yang menyebabkan kerengsaan, kemerahan dan lepuh di kawasan leher. Pastikan pilih produk yang betul ya!

4.Gesekan pada kulit

Mempunyai ruam di bawah leher adalah sangat biasa kerana lipatan kulit leher bergesel antara satu sama lain. Banyak faktor boleh menyebabkan kerengsaan kulit pada leher bayi yang kemudiannya mengganggu lapisan pelindung luar biasa kulit.

Leher bayi yang pendek cenderung mempunyai lipatan juga namun lipatan kulit ini cenderung menjadi lebih tebal apabila bayi sedikit gempal dan sentiasa boleh bergesel antara satu sama lain dan menyebabkan geseran. Geseran dan kelembapan yang berterusan akibat berpeluh boleh menyebabkan ruam leher.

masalah kulit

*Jika masalah kulit, ruam dan kemerah-merahan ini berlaku secara kerap dan makin teruk, dapatkan rawatan dari pakar ya!

Baca juga: Memang Susah Nak ‘Detect’ Autisme Dekat Anak Perempuan, Perhatikan 5 Tanda Ini..

Sumber: Orami.co

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×