Nur

Tok Abah Fadzilah Kamsah Pesan Jangan Selalu Ucap “Tak Ada Rezeki”, Kena Tukar Ayat Ini Pula

2
SHARES
cara bersyukur

Tanpa kita sedar ungkapan “tak ada rezeki” sering kali keluar dari bibir apabila sesuatu yang diinginkan tidak dapat. Namun menerusi perkongsian di laman Facebook milik Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah cara bersyukur sebetulnya adalah seperti perkongsian di bawah ini.

Jelasnya, ayat tersebut tidak sesuai disebut berulang kali kerana seperti mana kita tahu rezeki itu datang dari Allah SWT. Ikuti penjelasan penuh di bawah.

Baca juga: Panduan Solat Hajat Ringkas Secara Berjemaah Dengan Guru & Rakan, Niat Apa Yang Diinginkan

CARA BERSYUKUR DENGAN BETUL, KENA SEBUT MACAM INI

CARA BERSYUKUR

“Ala! Tak ada rezeki.” 

Jangan biasakan sebut begitu sekiranya masih belum dapat apa-apa dalam hidupmu.

Sebaiknya, biasakan menyebut:

“InsyaAllah pasti ada rezeki ini nanti.”

Tambahnya lagi, kata-kata itu adalah sebuah doa dan sebagai manusia, sudah pastinya ingin yang terbaik.

“Kata-kata kita adalah sebuah doa dan dari doa itulah terbitnya usaha dan pengaharapan bahawa segala yang baik itu datang dari Maha Yang Memberi Rezeki.

Setiap kali memulakan hari, kita kena ingat bahawa rezeki Allah itu Maha Luas, jadi mana mungkin “tiada rezeki”. Hakikatnya rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Sedang kita perlu berusaha meneroka, mencari dan terus mencari,” ujarnya.

Pasti ada harapan pada yang berusaha. Pasti ada kejayaan yang telah tersusun buat kita. Rezeki Allah Maha Luas. Yakin dengan perkara itu.

Ingat, rezeki itu aturan Allah dan kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa berusaha. Diharapkan perkongsian cara bersyukur di atas ini dapat memberi manfaat buat anda semua.

*Jangan lupa tukar ayat ya!

Baca juga: Kecoh Kes Bayi Dibekukan, Ini Hukum Simpan Jenazah Di Hospital Terlalu Lama Dalam Islam

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×