Famili

KEMAS Sahkan Tiada Kenaikan Yuran TABIKA & TASKA Pada Tahun Hadapan

24
SHARES
yuran tabika

Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) mengesahkan bahawa tiada sebarang kenaikan yuran TABIKA dan TASKA di bawah kelolaannya bagi sesi persekolahan tahun depan.

Unit Komunikasi Korporat KEMAS dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya sentiasa cakna akan bebanan kos sara hidup yang didepani masyarakat ketika ini.

Baca juga: Cikgu Kecewa Anak Murid Biarkan Kertas Jawapan Kosong & Bagi Jawapan Tak Masuk Akal

KEMAS TAK NAIKKAN YURAN TABIKA & TASKA TAHUN HADAPAN

YURAN TABIKA

“KEMAS ingin mengesahkan bahawa tiada kenaikan yuran akan dikenakan bagi sesi persekolahan tahun hadapan. Kerajaan MADANI melalui KEMAS, sentiasa prihatin terhadap bebanan rakyat dan berusaha meringankan kesulitan yang dihadapi masyarakat,” jelasnya.

Selain itu, KEMAS turut memberitahu bahawa kenyataan itu dibuat selepas kebimbangan ibu bapa yang ingin menghantar anak-anak mereka ke TABIKA dan TASKA kendalian KEMAS.

Pihaknya berharap agar ibu bapa di luar sana kekal tenang dan menjadikan TABIKA KEMAS pilihan utama untuk pendidikan awal kanak-kanak.

“Merujuk kepada laporan terbabit, kami ingin memaklumkan bahawa ia tidak membabitkan TABIKA dan TASKA di bawah kendalian kami.

“Kami berharap ibu bapa kekal tenang dan terus menjadikan TABIKA KEMAS sebagai pilihan utama dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa beberapa persatuan yang menaungi pengusaha tadika di Johor iaitu Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor akan menaikkan yuran perkhidmatan sekitar 20 hingga 25% pada tahun depan.

Keputusan itu dilakukan selepas kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 sebulan seperti yang diumumkan kerajaan di mana akan berkuat kuasa pada 1 Februari 2025.

Baca juga: Ada RISIKO Jika Anak Selalu Tidur Lambat Tapi Bangun Cepat, Jangan Biasakan…

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×