Menerusi perkongsian seorang guru bernama Cikgu Acap di TikTok, dia ada memuat naik satu video yang memaparkan kertas jawapan peperiksaan kosong dari anak muridnya.
Bukan itu sahaja, segelintir murid turut memberikan jawapan yang salah di dalam kertas jawapan tersebut seolah-olah tidak mengetahui apa-apa.
Baca juga: Cabaran Paling Biasa Bila Ajar Anak Minta Maaf, Tak Senang Tapi Kena Cuba
MURID BIARKAN KERTAS JAWAPAN PEPERIKSAAN KOSONG
Menurut Acap, dia sudah memberi peringatan kepada anak muridnya agar tidak membiarkan kertas jawapan peperiksaan kosong, namun masih ramai yang melalukan perkara tersebut.
Peperiksaan subjek Geografi terdiri dengan pelbagai soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Ini bermakna murid boleh menjawab soalan tertera tanpa membaca buku teks.
“Geografi banyak soalan KBAT. Boleh jawab walaupun tak ulang kaji buku teks. Janji pandai kaitkan dengan sekeliling,” tulisnya di ruangan komen.
Isu anak murid membiarkan kertas jawapan peperiksaan kosong ini semakin menjadi-jadi kerana beberapa guru lain turut meluahkan hal sama di ruangan komen.
Sebagai pendidik, sudah pastinya mereka kecewa melihat keadaan begini. Hal ini kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka telah gagal mengajar anak murid.
“Subjek Geografi paling saya suka sebab senang nak skor walaupun tak baca buku. Jawapan lebih kepada fakta.
“Kenapa ya budak-budak sekarang suka biarkan kertas jawapan peperiksaan kosong? Kalau dulu-dulu takut sangat nak buat macam ini,” komen pengguna TikTok di video pendek tersebut.
*Haih, macam-macam ya? Harapnya tak berlaku dah.
Baca juga: Panduan Gred Markah Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA), Rupanya Markah 80% Dalam Gred B
Sumber: TikTok Cikgu Acap