Famili

Cikgu Kecewa Anak Murid Bagi Jawapan ‘Zip’ Dalam Kertas Ujian, Pandai Tapi Malas Fikir

32
SHARES
MURID PEMALAS

Seorang guru di laman Facebook meluahkan rasa kecewa apabila masalah murid pemalas di sekolah semakin menjadi-jadi dan merisaukan.

Jelasnya, murid zaman sekarang lebih bersikap tidak ambil peduli walaupun mereka memiliki kepandaian untuk belajar namun disia-siakan sahaja peluang tersebut.

Baca juga: Keputusan Peperiksaan Anak Lebih Cemerlang Bila Ibu Ayah Buat Amalan Ini, Jangan Sia-Siakan…

MURID PEMALAS MAKIN MENJADI-JADI, BAGI JAWAPAN PELIK

MURID PEMALAS

“Masalah murid zaman sekarang adalah bukan sebab mereka tak pandai tetapi sebab mereka malas dan sikap tak peduli. Cikgu buat lah lesson plan macam mana pun, kalau murid itu malas, tetap juga tak guna.

“Kalau alasan nak cakap buat sesi pembelajaran berasaskan kuiz, tak semua sesuai lagi-lagi topik penulisan. Tak akan setiap masa nak suruh main kuiz sahaja” luah cikgu tersebut.

Cikgu Lenna turut menjelaskan bahawa ada juga segelintir ibu bapa yang bersikap tidak mengambil kisah mengenai pembelajaran si anak.

“Lebih mengejutkan, ada segelintir ibu ayah yang tak ambil kisah tentang pembelajaran anak-anak. Terlalu manjakan sangat sampai biarkan anak gagal. Namun tetap bersyukur sebab tak semua ibu bapa perangai macam ini. Ada yang betul-betul ambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka. 

“Zaman saya dulu, menjelang tahun 6 dah tahu format penulisan surat rasmi, surat tidak rasmi, tulis laporan, tulis cerita, tulis syarahan dan lain-lain,” ujarnya.

Dia turut meluahkan rasa kecewa kerana segala ilmu yang diajar di dalam kelas tidak diterapkan ketika menjawab peperiksaan. Anak murid hanya menjawab ‘zip’ yang ditulis berulang kali sehingga penuh ruangan jawapan tersebut.

“Seminggu sebelum peperiksaan saya dah ajar contoh ayat kunci untuk dapat markah. Tetapi bila jawab ujian, satu ilmu yang saya bagi tak ada dalam jawapan. Kecewa sangat!,” luahnya.

Perkongsian cikgu itu dibanjiri komen warganet yang turut terkejut melihat jawapan pelajar tersebut. Rata-rata memberi cadangan agar murid itu diberikan sesi kaunseling.

Baca juga: Ibu Jangan Pening, Ini Idea Goodies Hari Jadi Anak Versi Sihat. Lupakan Jajan!

Sumber: Facebook Lenna K Joseph

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×