Menerusi Facebook Mohd Fhais Salim, beliau ada kongsikan 10 cabaran yang dihadapi oleh ibu ayah ketika ajar anak minta maaf. Perkara ini tidak boleh diambil ringan kerana boleh mengakibatkan anak menjadi keras kepala atau hanya melafazkan ungkapan kosong sahaja.
Baca juga: Ibu Jangan Pening, Ini Idea Goodies Hari Jadi Anak Versi Sihat. Lupakan Jajan!
10 CABARAN AJAR ANAK MINTA MAAF, IBU AYAH FAHAMKAN
1. Dia minta maaf tapi orang lain tak pernah minta maaf dengan dia
Sesetengah orang beranggapan bahawa umur yang lebih berusia tidak perlu meminta maaf. Sebenarnya salah, kerana tindakan itu boleh membuatkan anak rasa tidak dihargai.
2. Dia akan rasa rugi pula minta maaf sedangkan orang lain tak buat
Seperti biasa, sekiranya si anak sudah pandai meminta maaf namun orang sekeliling tidak melakukan perkara yang sama, pasti si kecil merasakan bahawa tindakan itu rugi.
3. Dia rasa marah jika dia tak salah tapi dipaksa minta maaf
Jangan biasakan untuk meminta anak memohon maaf secara paksa jika tidak melakukan kesalahan. Tindakan itu boleh membuatkan mereka lebih sakit hati dan marah.
4. Dia berkeras hati tak nak minta maaf walaupun dipaksa
Jika ibu ayah sering memaksa anak, pada satu tahap mereka akan mula mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengucapkan kata maaf.
5. Anak tak puas hati jika tak diberi peluang untuk bela diri
Jangan suka menghukum anak walaupun mereka sudah meminta maaf. Beri peluang untuk mereka membeli diri dan ceritakan perkara sebenar.
6. Dia minta maaf tapi itu tidak membina adab dan akhlak yang lebih baik
Cabaran seterusnya dalam mengajar anak meminta maaf adalah mereka tidak menerapkan adab atau akhlak yang baik dalam diri.
7. Dia sebut kata-kata maaf yang kosong tiada makna
Perkataan maaf hanya kosong dan tiada makna kerana si anak sudah bosan.
8. Dah minta maaf tapi tetap kesalahan sama berulang lagi
Cabaran mengajar anak minta maaf selanjutnya adalah kesalahan sama dilakukan berulang kali.
9. Perkataan maaf jadi ‘tiket’ untuk selamatkan diri
Anak hanya meluahkan perkataan maaf sebagai ‘tiket’ untuk melepaskan diri daripada dihukum oleh ibu ayah.
10. Anak kelihatan lemah
Akhir sekali, anak yang terlalu kerap kali minta maaf akan kelihatan lebih lemah oleh rakan-rakan. Nampak remeh tetapi dari segi psikologi, tindakan ini boleh membina mental lemah, kurang yakin diri dan mudah dibuli.
Jadi, 10 cabaran ajar anak minta maaf ini pasti dialami oleh rata-rata ibu ayah di luar sana.
Baca juga: PU Riz Simpan Gambar Anak Dalam Dompet Harus Dipuji, Ini Adalah Ketenangan Bila Tatap Wajah Anak
Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim