Menerusi laman Facebook Sekolah PASTI Malaysia, satu rekod baharu telah tercipta apabila seramai 121,180 murid menyertai sesi hafazan al-Quran kategori pra sekolah.
Sekali gus membuatkan PASTI Malaysia berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records kerana itu merupakan penyertaan teramai.
Baca juga: Seramai 189,580 Peminjam PTPTN Tak Buat Pembayaran Semula Tapi Terima Bantuan STR
SEKOLAH PASTI CIPTA REKOD, 121,180 MURID SERTAI SESI HAFAZAN
“Rekod baru telah tercipta! 121,180 penyertaan berjaya dikumpul. Hari ini 20 November 2024, PASTI Malaysia telah berjaya mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records dalam penyertaan sesi Hafazan Al-Quran teramai kategori pra sekolah.
“Terima kasih kepada Pengarah Program yang menjayakan inisiatif mulia ini. Terima kasih kepada barisan penggerak yang bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis. Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa menberikan bimbingan dan dorongan buat anak-anak pelajar PASTI,” tulisnya di laman Facebook
Majlis tersebut berlangsung selama satu jam bermula jam 10 hingga 11 pagi. Sesi hafazan al-Quran diadakan secara dalam talian dengan penyertaan tertinggi dari PASTI Negeri Selangor iaitu seramai 28,292 murid.
PASTI Negeri Terengganu mengikuti dengan seramai 13,978 penyertaan murid. Manakala PASTI Negeri Kedah adalah seramai 12,839 murid. PASTI Negeri Kelantan pula adalah seramai 13,029 penyertaan.
Bagi negeri lain, penyertaan adalah seperti di bawah:
PASTI Negeri Perlis – 1603
PASTI Negeri Pulau Pinang – 4887
PASTI Negeri Perak – 8138
PASTI Wilayah Persekutuan – 4553
PASTI Negeri Sembilan – 4294
PASTI Negeri Melaka – 4017
PASTI Negeri Johor – 8876
PASTI Negeri Pahang – 8566
PASTI Negeri Sabah – 6700
PASTI Negeri Sarawak – 1408
PASTI Malaysia turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menasihati orang ramai akan mendidikan anak untuk mencintai mukjizat al-Quran.
“Terima kasih kepada Pengarah Program yang menjayakan inisiatif mulia ini. Terima kasih kepada barisan penggerak yang bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis. Terima kasih kepada ibu bapa dan guru yang sentiasa menberikan bimbingan dan dorongan buat anak-anak pelajar PASTI.
Sejarah ini kita punya. Inilah perjuangan kami dalam memacu pendidikan awal kanak-kanak. Ruang yang sangat terbuka luas untuk mengilmukan masyarakat. Mendidik anak-anak mengenal huruf dan nombor. Mendidik anak-anak mengenal Allah dan Rasul. Mendidik anak-anak mencintai mukjizat Al-Quran,” ujarnya.
Baca juga: Cara Kemaskini STR Fasa 1 Tahun 2025, Kena Buat Sebelum 30 November ini!
Sumber: PASTI Malaysia