Buat para ibu bapa di luar sana, greek yogurt untuk anak boleh dijadikan pengganti susu ketika mereka berusia 6-8 bulan ke atas. Hal ini kerana yogurt mengandungi protein, kalsium dan probiotik yang bermanfaat untuk kesihatan tulang.
Menerusi perkongsian bapa di laman Facebook yang dikenali sebagai Ben Ashaari, dia memberitahu bahawa anaknya sudah lama tidak minum susu kerana digantikan dengan greek yogurt.
Baca juga: Konten ‘Padu’ Di TikTok Ini Buat Anak CEPAT PANDAI Bahasa Inggeris, Tak Bosan Tengok!
GREEK YOGURT UNTUK ANAK SEBAGAI PENGGANTI SUSU
Jelasnya, greek yogurt untuk anak boleh dipelbagaikan resepi seperti dipadankan dengan potongan buah epal atau pisang. Dengan cara ini, anak tidak perlu makan jajan tidak sihat seperti keropok yang mengandungi perasa tiruan.
“Saya dah lama berhenti beli susu untuk anak-anak. Saya bagi mereka makan greek yogurt ini. Makan bersama potongan epal dan pisang bila tengah lapar. Tak perlu jajan,” jelasnya.
Tambahnya juga, pakar pemakanan dan doktor berpendapat bahawa yogurt baik diambil ketika perut kosong atau 30 minit sebelum makan makanan berat.
Hal ini kerana bakteria baik dalam yogurt iaitu Lactobacillus acidophilus adalah bakteria yang hidup dalam suasana berasid. Jika anda ingin menikmati greek yogurt perisa asli ini dengan lebih sedap, disarankan untuk gaul bersama buah naga atau pisang yang disimpan di dalam peti ais.
Bagi buah epal pula lebih sedap dipotong dan ‘cicah’ bersama yogurt tersebut. Disarankan untuk makan ketika anda ingin mengunyah sesuatu. Selain itu, jika ada masalah penghadaman seperti gastrik, Dr.Zubaidi mengesyorkan agar memilih yogurt yang kurang rasa masam.
Cara pilih yogurt untuk anak
Sekiranya ibu ayah ingin memperkenalkan yogurt kepada anak, pastikan pilih seperti saranan di bawah ini:
1. Pilih tanpa gula tambahan
Pilih Greek yogurt yang tidak mengandungi gula tambahan atau perasa tiruan. Rasa asli lebih baik dan boleh dihidangkan dengan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi, atau buah beri.
2. Lemak
Yogurt penuh lemak adalah pilihan terbaik untuk anak kecil, terutamanya di bawah umur 2 tahun, kerana lemak menyokong perkembangan otak.
3. Mengandungi probiotik
Greek yogurt mengandungi probiotik semula jadi yang membantu menjaga kesihatan usus dan meningkatkan sistem imunisasi anak.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Ibu Ayah, Didik Anak Macam Ini Rupanya KESILAPAN Besar! Tolong Jangan Buat Dah…
Sumber: Facebook Ben Ashaari & Hy Vee