Dapur

5 Tips Boleh Cuba Bila Tercekik Tulang Ikan, Bukan Hanya Gumpalan Nasi Sahaja

1.2K
SHARES
TERCEKIK TULANG IKAN

Bila tercekik tulang ikan, pasti antara petua yang digunakan adalah gumpalan nasi. Sebenarnya, ada beberapa cara lain anda boleh cuba untuk melepaskan tulang tersebut.

Cara yang dikongsikan ini mudah sahaja kerana menggunakan bahan sedia ada di rumah. Ingat! Kekal tenang dan jangan panik bila tercekik tulang ikan.

Baca juga: 8 Jenis Buah Yang Boleh Dikukus Ini Ternyata Memang Bagus Untuk Kesihatan

5 CARA BOLEH CUBA BILA TERCEKIK TULANG IKAN, JANGAN PANIK

TERCEKIK TULANG IKAN

1. Roti dan mentega kacang

Roti yang disalut dengan mentega kacang berfungsi untuk menolak tulang ikan ke dalam perut. Ambil sekeping roti dan sapukan mentega kacang. Biarkan di dalam mulut beberapa saat sebelum menelannya. Pastikan anda sediakan air di sebelah.

2. Cuka

Minum cuku boleh memudahkan proses jika tercekik tulang ikan. Hal ini kerana ia boleh membuatkan tulang menjadi lembut dan mudah untuk ditelan.

Jangan terlalu banyak, hanya satu sudu besar sahaja dan kalau nak lebih sedap boleh tambahkan sedikit madu.

3. Air soda

Selain menggunakan bahan di atas, anda juga boleh menggunakan minuman berkarbonat sekiranya tercekik tulang ikan. Minuman bergas membantu menghancurkan tulang.

4. Roti dan air

Roti yang dicelup ke dalam air adalah cara yang biasa digunakan untuk mengeluarkan makanan yang tersekat dari kerongkong.

Caranya adalah rendam sekeping roti ke dalam air selama kira-kira seminit, kemudian ambil sepotong besar dan telan keseluruhannya. Kaedah ini meletakkan berat pada tulang ikan dan menolaknya ke bawah.

5. Pisang

Ambil sepotong besar pisang dan kemam sekurang-kurangnya satu minit. Ini akan membuatkan pisang lebih lembut dan mudah untuk ditelan.

Jika tulang ikan masih tersekat walaupun sudah mencuba semua cara, segera dapatkan rawatan doktor. Jangan biarkan.

Baca juga: Limau Kasturi Rupanya Boleh Jadi Ubat Cair Kahak Semula Jadi, Macam Ini Caranya

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×