Sihat

Limau Kasturi Rupanya Boleh Jadi Ubat Cair Kahak Semula Jadi, Macam Ini Caranya

14
SHARES
KHASIAT LIMAU KASTURI

Limau kasturi selalu digunakan dalam masakan dan minuman. Tanpa kita sedar, sebenarnya banyak khasiat limau kasturi untuk kesihatan badan.

Perkara ini dikongsikan oleh Dr Rizal Abu Bakar di laman Facebooknya di mana ia boleh menjadi ubat cair kahak secara semula jadi. Nak tahu macam mana? Ikuti perkongsian lanjut di bawah.

Baca juga: Petua Hilangkan Demam Kuning Bayi Guna Bahan Semula Jadi, Ibu Ayah Boleh Cuba!

KHASIAT LIMAU KASTURI YANG TAK DISANGKA-SANGKA

KHASIAT LIMAU KASTURI

Nampak biasa tapi luar biasa sungguh khasiat limau kasturi. Pernah ambil expectorant? Expectorant adalah penyingkir kahak atau orang panggil ubat cair kahak.

Tugasnya adalah untuk longgar dan nipiskan dinding lendir kahak. Siapa sangka amal minum air limau kasturi suam tanpa pemanis gula, boleh bantu keluarkan kahak dengan lebih mudah.

Limau kasturi bertindak sebagai ‘natural expectorant’ – penyingkir kahak semula jadi tanpa side effect. Tak ada beri kesan buruk pada otak.

Cara nak buat mudah sahaja, anda perlukan:

  • 5 biji limau kasturi
  • Segelas air suam

1. Perahkan 5 biji dalam segelas air suam.

2. Kacau dan amalkan minum sebanyak 3 kali sehari.

Antara khasiat limau kasturi adalah:

  • Boleh mencerahkan kulit
  • Membantu menurunkan bacaan kolesterol
  • Mampu mengawal gula dalam darah
  • Kaya dengan Vitamin C, raja untuk tingkatkan sistem imun
  • Mampu mengurangkan stres
  • Bantu cepatkan penyembuhan luka
  • Kaya dengan anti oksidan
  • Tingkatkan keanjalan kulit
  • Tingkatkan fungsi otak
  • Membantu proses menurunkan berat badan
  • Halang keracunan makanan menjadi teruk
  • Mengurangkan bau badan
  • Membuang toksin dalam badan
  • Mengawal tekanan darah

Banyak sebenarnya kelebihan limau kasturi ini. Jadi, jangan lupa amalkan seperti yang dikongsikan di atas.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Doktor Sakit Puan Kongsi 2 Benda Kaum Wanita Jangan Biasakan Pakai, Bahaya!

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×