Sihat

Petua Hilangkan Demam Kuning Bayi Guna Bahan Semula Jadi, Ibu Ayah Boleh Cuba!

118
SHARES
PETUA HILANGKAN KUNING BAYI

Jaundis boleh dielakkan dengan mencuba beberapa petua hilangkan kuning bayi seperti perkongsian di bawah. Masalah demam kuning adalah perkara biasa terjadi kepada bayi baru lahir.

5 cara ini menggunakan bahan semula jadi yang mempunyai banyak manfaat. Ikuti penjelasan lanjut dan diharapkan dapat mengurangkan bacaan kuning si kecil.

Baca juga: Banyak Manfaat Minum Jus Epal Hijau Campur Saderi, Rugi Kalau Tak Pernah Cuba!

PETUA HILANGKAN KUNING BAYI DENGAN CEPAT & BERKESAN

PETUA HILANGKAN KUNING BAYI

1. Asam jawa & daun kucai 

Ambil segenggam asam jawa, ramas dan tapis. Kemudian, ambil secekak daun kucai, kisar hingga halus dan tapis. Campurkan kedua bahan dan tapis semula untuk kali terakhir supaya tiada sisa yang tinggal.

Masukkan ke dalam besen mandian bayi bersama air suam. mandikan bayi dalam masa 20 minit, lebih baik badan bayi tenggelam agar mandian kucai dan asam jawa tadi dapat menyerap ke dalam badan bayi.

2. Air daun inai

Cari daun inai, masukkan ke dalam besen berisi air suam. Kemudian ramas-ramas daun inai tersebut. Mandikan bayi dengan air tersebut setiap pagi.

3. Petua hilangkan kuning bayi – air ginseng 

Air ginseng boleh dibeli di kedai ubat tradisional cina dan mandikan bayi menggunakan air tersebut.

4. Air rebusan pokok dukung anak 

Ambil secekak pokok daun anak, rebus sehingga mendidih. Biarkan sehingga suam dan mandikan bayi menggunakan air rebusan tersebut.

5. Guna air bunga

Ramai yang belum tahu bahawa mandi air bunga boleh digunakan untuk mengurangkan demam kuning si kecil. Namun perlu berjaga-jaga dan jangan petik bunga yang bergetah pula.

Walau bagaimanapun, sekiranya kuning si manja anda semakin teruk, segera dapatkan nasihat dan rawatan pakar. Jangan biarkan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rawatan Bekam Boleh Buang Toksin & Lancarkan Darah Dalam Badan, Fakta Atau Auta?

Sumber: Facebook Ana Mahabu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×