Sihat

Banyak Manfaat Minum Jus Epal Hijau Campur Saderi, Rugi Kalau Tak Pernah Cuba!

686
SHARES
jus epal hijau

Buat anda yang belum tahu, jus epal hijau dicampur saderi mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan diri seperti perkongsian Dr Suri Roowi di bawah.

Hal ini kerana kandungan soluble fibre dalam epal hijau adalah 22% lebih tinggi berbanding epal merah. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Petua Tradisional Hilangkan Ketumbit Dalam Mata Tanpa Guna Ubat

KENAPA PERLU MINUM JUS EPAL HIJAU CAMPUR SADERI?

JUS EPAL HIJAU

Kredit: Simplicity Lane

Jenis soluble fibre dalam epal dikenali sebagai pektin. Pektin juga boleh didapati dari kulit limau. Soluble fibre ini juga erfungsi sebagai prebiotik untuk mengalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus besar anda.

Selain itu, ia juga turut membantu menurunkan kolesterol, mengurangkan berat badan dan dapat mengurangkan risiko diabetes serta kanser usus besar.

Kombinasi epal hijau, saderi dan madu tulen pula boleh membantu dalam menurunkan tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, epal hijau lebih berasid berbanding epal merah dan kurang sesuai bagi sesiapa yang ada masalah asid refluks.

Epal merah pula lebih tinggi kalori berbanding epal hijau. Kalori yang lebih tinggi dalam epal merah disebabkan oleh kandungan gula yang lebih tinggi. Kandungan antioksidan dalam epal merah juga lebih tinggi berbanding epal hijau

Kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Advanced Chemistry pada 2021 menunjukkan epal merah lebih tinggi vitamin C berbanding epal hijau.

Cara membuat air campur jus epal dan saderi adalah seperti di bawah:

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas dan tambahkan satu sudu madu tulen untuk lebih lazat.

Sedia untuk diminum. Amalkan setiap hari, pasti anda akan rasa perbezaannya.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Petua Rawat Batuk Berpanjangan Guna Nanas, 2 Kali Minum Dah Lega!

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi & Healthy Recipes 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×