Famili

Pemuda Ini Kongsi 3 Tips Penting Untuk Temuduga SPA9, Tak Sangka Pertama Kali Lulus!

7
SHARES
TIPS TEMU DUGA SPA9

Menerusi hantaran seorang pemuda di laman Facebook, dia ada kongsikan tips temu duga SPA9 supaya lulus sepertinya. Tips tersebut menitikberatkan 3 aspek penting yang anda perlu utamakan.

Jelasnya, ini merupakan pengalaman pertama lulus temu duga SPA9 dan itu sudah tentunya momen paling berharga serta tidak dapat dilupakan.

Baca juga: 7 Nasihat Bila Guna Media Sosial, Kurangkan ‘Membawang’! Baru Kekal Tenang

PEMUDA KONGSI TIPS TEMU DUGA SPA9, INSYAALLAH LULUS

TIPS TEMU DUGA SPA9

Pertama sekali, syukur puji Tuhan atas penyertaan-Nya. Ini merupakan pengalaman pertama saya lulus temuduga SPA9, sekaligus melakar sejarah dalam keluarga kami dan diri saya.

Perkongsian ini saya fokuskan kepada temu duga untuk jawatan Pembantu Penguasa Kastam WK19. 3 aspek paling penting yang saya utamakan:

1. Adab

Ini adalah tips yang saya amalkan, di sini saya akan guna singkatan perkataan, Saya (C) dan Panel Temuduga (P)

Apabila giliran kita sampai, amalkan ini,

C – Ketuk pintu 3x (sederhana)
P – “Masuk”
C – (Masuk dan menutup pintu secara perlahan) Selamat pagi Tuan (tangan tepat di dada, sambil tunduk tanda hormat)
C – (Berjalan secara segak dengan tangan di dada memegang fail resume) – (Hanya duduk apabila diarahkan)
P – “Sila duduk”
C – (Berundur dalam keadaan berhadapan dengan P) Jika dalam lakonan, P adalah penonton, elak membelakangi mereka.
C – Dalam keadaan duduk, tangan letak atas paha, badan segak, sentiasa jaga “eye contact”

Apabila sesi temu duga berlangsung, boleh guna ayat seperti ini,

– Setiap soalan P, ucapkan Terima kasih atas soalan tersebut Tuan” sekali menundukkan kepala sedikit.

– Jika C tidak tau atau tidak pasti dengan jawapan, “Saya minta maaf Tuan, saya belum belajar tentang ini, tapi saya akan cuba jawab”

– Jika C menjawab dengan contoh, “Maaf Tuan, boleh saya gunakan contoh isu semasa?”

– Setiap respons P, ucapkan “Terima kasih tuan”

Apabila sesi temu duga selesai,

C – Bangun dan ambil fail dengan 2 tangan. Undur dalam 3 langkah, “terima kasih tuan” sambil tunduk hormat, dengan tangan di dada pegang fail.

C – Keluar tanpa membelakangi P.

TIPS TEMU DUGA SPA9

2. Ilmu  

Antara soalan top rated:

  • Apakah jawatan yang anda mohon
  • Perkenalkan diri
  • Apakah fungsi jabatan?
  • Apa yang anda faham dengan jabatan?
  • Siapakah pengarah jabatan?
  • Apakah risiko jabatan?
  • Adakah jabatan ini berisiko tinggi dalam rasuah?
  • Adakah jabatan ini positif atau negatif?
  • Ada apa-apa soalan?

Antara soalan di atas, ada satu soalan yang jika anda jawab dengan betul, boleh mengubah atau mengganggu standard formaliti temu duga.

Soalan 2, perkenalkan diri:

  • Nama
  • Umur
  • Status
  • Asal
  • Tahap pendidikan
  • Kenapa minat jawatan tersebut
  • Pengalaman kerja
  • Kelebihan diri

Selepas perkenalan diri, jika anda berjaya memanipulasikan P, maka hanya berlaku interaksi atau komunikasi dua hala ke arah pengetahuan am atau P akan banyak menyoal tentang diri anda.

Sebelum P menamatkan sesi temuduga, P akan bertanya soalan wajib, No 9. Ini boleh susun perenggan ayat dari rumah,

P: Ada apa-apa soalan ?

C: Ada Tuan, pertama sekali saya sangat berterima kasih atas peluang keramat ini, saya tidak pernah sangka akan sampai pada peringkat temuduga. Tuan, sekalipun saya tidak berharap untuk gagal, malahan saya sangat bersemangat untuk berbakti kepada negara. Maaf tuan, saya hanya ingin bertanya, bagaimana dengan prestasi temuduga saya hari ini? Saya ingin tahu aspek mana yang perlu saya perbaiki pada masa akan datang. 

Ini adalah contoh ayat buku, ambil isi tersirat sahaja, jangan hafal, lebih baik difahami. P lebih senang mendengar apabila kita bercakap spontan daripada kita membaca.

TIPS TEMU DUGA SPA9

3. Penampilan diri

Pastikan kemas dari hujung rambut sampai hujung kaki, untuk lelaki, sila pakai seluar hitam, baju putih/biru muda/tie, tanda nama, tali pinggang hitam, kasut hitam. Pakai blazzer, baru nampak segak.

Nota tambahan

– Pastikan fail disusun kemas, saya sertakan gambar contoh. Header letak kiri, Isi letak kanan.

– Resume jangan terlalu simple tapi jangan crowd, sederhana cukup.

– Hadir seawal 60 minit, biar kita cukup masa untuk tenangkan diri.

– Jika UFPK rehat 3 hari untuk pemulihan fizikal, maka mental sekurang-kurangnya berehat selepas bangun pagi sebelum hadir temu duga.

– Taat kepada ibu bapa, mohon restu mereka. Doa mereka adalah doa paling mujarab.

– Berdoa, serahkan keputusan di tangan Tuhan. Jangan hanya minta untuk lulus, tapi minta lah agar bersedia untuk menerima apa jua bentuk jawaban, tidak kira gagal atau lulus, Tuhan tahu apa yang terbaik.

Semoga berjaya dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Minta Hutang Atau Duit Guna Aplikasi MAE Maybank, Senang Dan Cepat!

Sumber: Facebook Jeffhter Juasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×