Artikel kali ini penulis ingin kongsikan panduan solat hajat ringkas secara berjemaah yang boleh dilakukan di sekolah bersama guru dan rakan terutama sekali pelajar menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ini adalah antara salah satu usaha boleh dilakukan sepanjang musim peperiksaan agar anda mendapat keputusan cemerlang seperti yang dihajatkan.
Baca juga: Hukum Buat Rawatan Ketatkan Miss V Demi Kepuasan Pasangan, Rupanya….
SOLAT HAJAT RINGKAS SECARA BERJEMAAH
Mulakan solat sunat hajat dengan lafaz niatnya:
أُصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعاَلَى
Usolli sunnatal hajati rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala.
Bacaan dalam Solat: Bacalah surah al-Fatihah kemudian Ayatul Kursi sebanyak 7 kali. Anda juga boleh baca surah lazim lain yang lain.
Lakukan rukuk, kemudian sujud dua kali. Pastikan anda menjaga tuma’ninah (ketenangan) dalam setiap gerakan.
Rakaat kedua: Bangun untuk rakaat kedua dengan membaca takbir. Bacalah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas atau surah lazim yang lain.
Kemudian lakukan lagi rukuk dan sujud. Dalam sujud terakhir, bacalah doa Nabi Yunus: “lā ilāha illā anta, subḥānaka innī kuntu minaẓ-ẓālimīn” dan pohonlah sebarang hajat dalam hati.
Tahiyyat Akhir dan salam: Setelah selesai rakaat kedua, duduk untuk tahiyyat akhir. Akhiri solat dengan memberi salam.
Bagi orang yang ingin melaksanakan Solat Sunat Hajat lebih daripada dua rakaat, hendaklah dia terus bangun untuk menambah dua rakaat lagi.
Apabila selesai hendaklah sujud seraya membaca doa ini:
سُبْحَانَ الَّذِي لَبِسَ الْعِزَّ وَقَالَ بِهِ، سُبْحَانَ الَّذِي تَعَطَّفَ بِالْمـَجْدِ وَتَكَرّمَ بِهِ، سُبْحَانَ الَّذِي أَحْصَى كُلَّ شَيْءٍ بِعِلْمِهِ، سُبْحَانَ الَّذِي لَا يَنْبَغِي اَلْتَسْبِيْحُ إِلَّا لَهُ، سُبْحَانَ ذِي اَلْمـَنِّ وَالْفَضْلِ، سُبْحَانَ ذِي الْعِزِّ وَالْكَرَمِ، سُبْحَانَ ذِي الطَّوْلِ، أَسْأَلُكَ بِمَعَاقِدِ الْعِزِّ مِنْ عَرْشِكَ وَمُنْتَهَى الرَّحْمَةِ مِنْ كِتَابِكَ وَبِاسْمِكَ الْأَعْظَمِ وَجَدِّكَ الْأَعْلَى، وَكَلِمَاتِكَ التَّامَّاتِ العَامَّاتِ اَلَّتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ أَنْ تُصَلِّيَ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kemudian mintalah hajat yang diinginkan dan tidak terdapat maksiat di dalam niat itu, nescaya diperkenankan oleh Allah SWT.
Selain itu, berdoalah dengan hati yang ikhlas dan rendah diri, meminta kepada Allah SWT agar dimakbulkan hajat-hajat yang dipohon, diampuni dosa-dosa, dan dilapangkan jalan untuk mendapatkan keberkatan serta rezeki yang halal.
Semoga perkongsian solat hajat ringkas ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Baca juga: Hukum Buat Wax/Laser Bahagian Miss V Supaya Nampak Putih & Lebih Seksi, Ramai Rupanya Yang Dah Buat!
Sumber: Aku Islam