Nur

Ustaz Wadi Anuar Kongsi 12 Waktu Mustajab Berdoa, ‘Rahsia’ Yang Semua Kena Tahu

11
SHARES
WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Ustaz Wadi Anuar, beliau ada kongsikan beberapa waktu mustajab berdoa untuk umat Islam amalkan.

Seperti mana kita tahu, doa merupakan ‘senjata’ orang beriman dan dengan izinNya boleh menjauhkan kita daripada sebarang musibah di dunia serta akhirat.

Baca juga: Minta Gift Di Live TikTok Boleh Jatuh Haram Jika Menipu & Mampu Bekerja

WAKTU MUSTAJAB BERDOA, JOM AMALKAN

WAKTU MUSTAJAB BERDOA

Berdoalah pada waktu-waktu ini, kerana menurut hadis yang sahih, waktu-waktu ini dimustajabkan doa padaNya.

1. Selepas solat fardu

‎Abu Umamah r.a meriwayatkan: “Ada yang bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, doa manakah yang paling didengari (oleh Allah)?’

Rasulullah SAW menjawab: “Di pertengahan malam terakhir dan setelah solat fardu.” ‎(Hasan, H.R. al-Tirmidhi)

𝟮. Di antara azan & iqamah

‎Sabda Nabi Muhammad SAW:

‎”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.” ‎(Sahih, H.R. al-Tirmidhi)

3. Ketika sujud

‎Sabda Nabi SAW: ‎”Keadaan paling dekat seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa.” ‎(Sahih, H.R. Muslim)

4. Ketika hujan

Nabi Muhammad SAW bersabda: ‎”Dua perkara yang tidak akan ditolak: Doa ketika azan dan doa ketika hujan.” ‎(Sahih, H.R. Abu Daud)

5. Satu waktu pada hari Jumaat

‎Sabda Nabi SAW: ‎”Sesungguhnya terdapat suatu saat (pada hari Jumaat) yang apabila seorang hamba Muslim sedang berdiri melaksanakan solat dan memohon sesuatu kepada Allah Taala, nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya.” ‎(Sahih, H.R. al-Bukhari)

6. Waktu mustajab berdoa – 1/3 malam terakhir

Sabda Nabi SAW: ‎”Ketika 1/3 malam terakhir Allah ﷻ menyeru: “Siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku akan memperkenankan doanya. Siapa yang meminta kepada-Ku, Aku akan memberinya. Siapa yang memohon ampun kepada-Ku, Aku akan mengampuninya.” ‎(Sahih, H.R. al-Bukhari)

7. Ketika berpuasa

‎Sabda Nabi Muhammad SAW:

‎”Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Pemimpin yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi.” (Hasan, H.R. Ibnu Majah)

8. Di antara zohor dan asar pada hari Rabu

‎Kata Jabir r.a:

‎”Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW berdoa di Masjid Al-Fatah selama tiga hari: pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu. Doa baginda diperkenankan pada hari Rabu antara dua solat (zuhur dan asar), dan kegembiraan terlihat di wajahnya.”

Jabir berkata: “Maka tidaklah suatu perkara penting dan berat menimpa diriku, kecuali aku memilih waktu tersebut untuk berdoa, dan aku pun mengetahui (tanda) pengabulan doa itu.” ‎(Hasan/daif, H.R. Ahmad)

9. Waktu mustajab berdoa- ketika buka puasa

‎Sabda Nabi SAW: ‎“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, pada saat berbuka terdapat doa yang tidak akan ditolak.” ‎(Hasan, H.R. Ibnu Majah)

10. Ketika minum air zamzam

‎Sabda Nabi SAW: ‎”Air zamzam itu tergantung kepada niat orang yang meminumnya.” ‎(Hasan, H.R. Ahmad)

11. Ketika azan

‎Sabda Nabi SAW: ‎”Dua perkara yang tidak akan ditolak: doa ketika azan dan doa ketika hujan.” (Sahih, H.R. Abu Daud)

12. Ketika hari Arafah

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.” (Hasan, H.R. al-Tirmidhi)

Semoga bermanfaat buat anda semua!

Baca juga: Tempat Bacaan ‘Rare’ Dalam Al-Quran, Ramai Terlepas Pandang & Salah Baca

Sumber: Facebook Ustaz Wadi Anuar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×