Nur

Tempat Bacaan ‘Rare’ Dalam Al-Quran, Ramai Terlepas Pandang & Salah Baca

2
SHARES
JENIS BACAAN AL QURAN

Buat anda yang tidak tahu, terdapat beberapa jenis bacaan al quran dan ia juga dipanggil sebagai bacaan Gharib. Biasanya, orang akan terlepas pandang dan membacanya dengan cara yang salah.

Jadi, bagi mengelakkan ia terus berlaku, ikuti perkongsian lanjut mengenai jenis bacaan al-quran yang anda perlu ambil berat.

Baca juga: Ambil Wuduk 5 Kali Sehari Boleh Elak Umat Islam Terkena Jangkitan Penyakit Atau Virus

JENIS BACAAN AL QURAN YANG RAMAI TERLEPAS PANDANG

1. Isyamam

Tanda seperti bentuk diamond di atas huruf (mim) dikenali sebagai isymam iaitu isyarat muncung. Ketika membunyikan dengung pada huruf nun bersabdu, kita perlu memuncungkan dua bibir mulut (tanpa suara) sebagai isyarat kepada baris hadapan.

Ia dibaca isymam kerana perkataan tersebut berasal daripada kalimah Ta’manuna (terdapat huruf nun berbaris hadapan) sebelum berlakunya idgham. Wajah yang kedua pula adalah dengan Roum.

Contoh surah:

JENIS BACAAN AL QURAN

2. Tashil

Tanda bulat hitam di atas huruf alif adalah simbol kepada bacaan tashil, iaitu menyebut sebutan di antara huruf hamzah dan baris atas (Menyebut huruf hamzah secara tidak sempurna, bacaan samar)

Contoh surah:

JENIS BACAAN AL QURAN

3. Naqal

Naqal adalah memindahkan baris bawah huruf hamzah kepada huruf lam mati sebelumnya atau boleh juga dinamakan hukum iltiqa’ sakinain.

Contoh surah:

JENIS BACAAN AL QURAN

4. Jenis bacaan al quran – Imalah

Tanda seperti bentuk diamond di bawah huruf (ra) adalah simbol kepada bacaan yang dipanggil imalah, bermaksud condong iaitu bacaan antara baris atas dan bawah.

Cara bacaannya adalah membunyikan huruf ra’ dengan mencondongkan bunyi baris atas lebih hampir kepada bunyi baris bawah. Seakan sebutan ‘ray’ pada perkataan x-ray.

Contoh surah:

JENIS BACAAN AL QURAN

5. Saktah

Saktah bermaksud berhenti atau memutuskan suara seketika dengan kadar 2 harakat, tanpa mengambil nafas yang baru dan dengan niat menyambungkan semula bacaan tersebut dengan nafas yang sama.

Huruf (sin) kecil sebagai simbol atau tanda kepada saktah. (Terdapat beberapa tempat di dalam Al-quran iaitu di dalam surah Yasiin ayat 52, Surah al-Qiyamah ayat 27, Surah al-Muthoffifin ayat 14, Surah al-Kahfi ayat 1-2, Surah al-Haggah ayat 28-29.

Contoh:

JENIS BACAAN AL QURAN

6. Ibdal

Cara bacaan pada perkataan ini dinamakan Ibdal iaitu dengan menukarkan hamzah mati kepada huruf ya mad ketika ingin memulakan bacaan padanya.

Contoh surah:

JENIS BACAAN AL QURAN

Seterusnya, Perkataan yang berada di dalam petak merah hendaklah dibaca dengan huruf (sin) sahaja.

– Surah Baqarah ayat 245 & surah al-A’raf ayat 69

JENIS BACAAN AL QURAN

Perkataan yang berada di dalam petak biru boleh dibaca dengan 2 wajah, samada dibaca dengan huruf (syad) atau (sin).

Surah At-Thuur ayat 37

JENIS BACAAN AL QURAN

Baca juga: Muat Naik Video Lafaz Cerai Di Media Sosial, Tindakan Itu Dianggap Buka AIB Rumah Tangga

Sumber: Quran Pro (Afnan Nasaruddin)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×