Nur

Tak Dibenarkan Pasang Bacaan Al-Quran Di Tempat Orang Ramai & Sibuk, Sini Mufti Jawab..

16
SHARES
bacaan ayat al quran

Sebagai seseorang yang beragama Islam, mendengar, membaca dan mendalami Al-Quran adalah sangat dituntut dan dikurniakan pahala. Namun, perasan atau tidak, ke mana sahaja kita pergi khususnya dalam bangunan perniagaan orang Islam, pasti akan ada yang pasang bacaan ayat Al Quran dijadikan sebagai bunyi latar.

Malah, di kawasan yang padat dengan manusia seperti pasar pun masih ada yang memasang bacaan kitab suci ini, difahamkan untuk dijadikan ‘perisai’ ketika berniaga. Apakah hukum perbuatan ini, adakah dibenarkan kerana bukankah alunan ayat Al Quran adalah suci?

Baca juga: Senarai Amalan Pendinding Diri Untuk Anda Yang Berniaga, Jangan Biar ‘Kosong’ Saja

HUKUM PASANG BACAAN AYAT AL QURAN DALAM SUASANA BISING & SIBUK

bacaan ayat al quran

Gambar hiasan pasar yang ramai orang.

Pendakwah bernama Ustaz Muhammad Fahmi Rusli mengingatkan, adalah tidak dibenarkan untuk membaca al-Kitab itu dengan suara kuat mahupun memasang bacaan ayat-ayat suci itu di kawasan orang ramai yang sedang fokus kepada urusan lain.

Mungkin anda perasan, kalau berkunjung ke restoran, pasar, warung dan kedai runcit yang dimiliki oleh orang Islam, pasti akan ada bacaan al-Quran dengan suara yang kuat atau memasang bacaan kalamullah itu di radio.

Pendapat itu disebutkan oleh Al-Syaikh Mansur Al-Buhuti Al-Hanbali Rahimahullah yang menyatakan:

Tidak boleh untuk meninggikan suara bacaan al-Quran di pasar-pasar dalam keadaan sibuknya mereka yang berada di sana dengan perniagaan mereka dan tidak fokusnya mereka dalam mendengar al-Quran kerana padanya terdapat unsur merendah-rendahkan al-Quran

Ia sepertimana dinyatakan jelas menerusi firman-NYA: “Dan apabila dibacakan al-Quran, hendaklah kalian mendengarnya dengan teliti dan hendaklah kalian diam, mudah-mudahan kalian mendapat rahmat.” (Surah al-A’raf: 204)

Anda kena faham bahawa tuntutan ini tidak dapat dipenuhi jika seseorang sedang sibuk dengan urusan-urusan lain seperti makan dan minum, berjual beli dan selainnya. Bagaimana hendak fokus dengan bacaan tersebut? Disebabkan itu kita dikehendaki memuliakan al-Quran dengan tidak membacanya di kawasan orang ramai yang sibuk dengan urusan pekerjaan tertentu.

Tambah Ustaz Muhammad Fahmi, sekiranya tetap dibacakan di tempat disebutkan tadi, maka tegas penceramah tersebut, seseorang itu dikira sebagai mengabaikan kemuliaan al-Quran, sekali gus dosa ‘jatuh’ ke atas dirinya dan bukan terhadap mereka yang sibuk bekerja.

MUFTI CAKAP TIDAK MENJADI KESALAHAN, NAMUN…

bacaan ayat al quran

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tidak menjadi satu kesalahan berbuat demikian, malah dibenarkan untuk tidak mendengar bacaan al-Quran yang dipasangnya disebabkan kesibukan bekerja.

Namun begitu apa yang anda perlu tahu dan pastikan adalah keadaan dan suasana kedai itu tidak terlalu bising dan sibuk seperti di pasar-pasar dan sebagainya bagi memastikan kemuliaan bacaan ayat suci al-Quran terhindar daripada perbuatan serta percakapan yang lagha.

“Sebolehnya kita jagalah adab dengan sebaiknya dalam mendengar al-Quran seperti tidak meninggikan suara tanpa keperluan yang mendesak ketika berurusan dan kembali mendengarnya selepas selesai pekerjaan dilakukannya.”

Baca juga: Rasulullah SAW Larang Kita Berkumpul Atau Bual Kosong Selepas Waktu Isyak

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×